Khamis, 18 Mac 2010

Pertemuan

Pertemuan yg dirancang menjadi kenyataan dengan izinNya..aku sgt2 bersyukur dan gembira krn dpt bertemu semula dgn beberapa org sahabat ketika kami sama2 di sekolah menengah (ringkasnya SMAM). Maklumla hampir 15 tahun tidak bertemu dan bersua muka..habis sekolah masing2 membawa diri mengikut arus ketetapan masing2..lepas habis SPM tu, ada yg berkahwin, ada yg menyambung pelajaran..begitula resminya bila dah habis sekolah..dulu sistem perhubungan tidak secanggih sekarang..dulu hanya mengharapkan telefon rumah semata2..

Pertemuan yg tidak sebegitu sempurna dirancang akhirnya menjadi satu2nya kngn paling manis untuk tahun ini..masing2 datang bersama-sama keluarga tersayang..pertemuan diatur di suatu tempat yg kami kira mudah utk berjumpa dan sesuai dan selesa utk anak2 berlepas bebas...so Teluk Cempedak menjadi destinasi pilihan kami semua untuk bertemu..alhamdulillah memandangkan hari itu hari bekerja,maka di KFC tempat pertemuan tidaklah sesibuk mana, org pun tidak ramai melancarkan program pertemuan jejak kasih kami hari itu..

Selesai makan, sempat kami bergambar utk kenang2an..entah bila la pula dpt bertemu muka..ramai di antara kami menetap dan bekerja di area KL dan Selangor..bila dah jauh2 mcm ni ditambah lg dgn kesibukan bekerja, tiada siapa yg dpt menduga bilakah pertemuan susulan akn berlaku..apa yg msh diharapkan biarlah ukhuwwah yg terjalin di atas nama sebuah persahabatan ini berkekalan sampai bila2..

Aktiviti hari itu berlarutan sehingga malam..wpun ada sebahagian sahabat sudahpun pulang, seorg sahabat yg masih lg bercuti panjang iaitu MIMI mahu menikmati sajian ikan bakar di tanjung lumpur,Kuantan.  Jika turun ke Kuantan sgtla rugi sekiranya tidak mencuba ikan bakar yg boleh didapati d kebanyakan kedai2 makan yg terdapat di tanjung lumpur ini..antara yg terkenal ialah kedai ikan bakar ANA di Kg Tanjung Lumpur.  Tapi aku dan NOR lebih menyukai ikan bakar dari kedai BAMBU..sambal bakar petainya lebih enak menjadi pilihan kami dan MIMI hanya mengikut apa yg kami cadangkan..

UDA yg pada mulanya merancang utk pulang ke KL pd hari itu, terpaksa membatalkan niatnya itu memandangkan aku mencadangkan agar dia tumpang aku yg kebetulan ada urusan di KL pada keesokannya..alang2 aku da nak KL kan..so aktiviti mlm itu, asyik dipenuhi dgn gelak ketawa dgn kesinambungan cerita terutama daripada sahabat kami UDA sendiri yg mempunyai terlalu byk pengalaman di tpt org..hampir 1 Malaysia ni dia dah round dgn family dia..hubby dia suka travel n driving so tiap minggu diperuntukkan utk membawa familynya keluar makan angin..sungguh seronok melihat keluarga sahabtku ini..begitu juga dgn family dua sahabatku yg lain..sakit2 mulutku kerana asyik tersenyum dan ketawa mlm tu..hehe byk benar cerita kelakar yg keluar.seronok mendengar cerita dan pengalaman masing2..jam 11 lebih baru berganjak utk pulang..moga masih ada ruang utk kita bertemu dan berkumpul seperti hari ini..itu doa dan harapan ku pd pertemuan kali ini..

Ahad, 14 Mac 2010

Demam Haziq..

beberapa hari yang lepas, haziq mengalami demam biasa..seingat aku inila kali pertama dia demam sejak 10 bulan berlalu..sejak aku bg dia pakai pendant, alhamdulillah,tahap kesihatan dia semakin baik..jika dulu, 3 bulan sekali pasti kena demam..haziq ni dulu masa dia berusia 2 tahun, pernah kena sakit paru2 berair..sampai kena tahan wad jugak la waktu tu..sejak hari tu, dia sgt kalah dengan minuman sejuk dan berais..terpaksa pantangkan dia dan pantau pemakanan dia..macam tu jugak kalau mandi lewat sikit dari biasa, kena pastikan dia mandi sebelum kul 7 mlm, kalau tersilap sikit mesti kena balik selsema, batuk n demam sekaligus..

sebenarnya perubahan dia ni, aku baru je perasan sejak kebelakangan ini la..sekarang dah lain sangat..minum air batu waktu malam pun dah tak jadi hal..siap kunyah2 ais mcm tu jer..mandi malam pun dah tk jadi hal..bawak mandi n berendam dalam kolam lama2 pun dah tak jadi masalah pada dia..memg sgt2 positif perubahan dia..

kalau sebelum ni, aku terpaksa mencari alternatif lain utk mengubati penyakit demam selesema dia..sebab sakit lama dia buat aku jadi bimbang kalau dia terkena selsema..nasihat dari kawan agar aku cuba guna air sarang burung yg boleh didapati di kedai2 ubat cina, sgt membantu bila haziq terkena batuk n selsema..dia lebih cepat lega berbanding bila guna ubat batuk selsema biasa..tapi dia tetap kalah dgn makanan sejuk dan minuman berais..so aku sentiasa standby beberapa botol sarang burung utk dia..

tp sejak aku bg dia pakai pendant 10 bulan yang lepas..alhamdulillah sgt2..aku dapati haziq dah tak elergic lg..semua dia dah boleh makan dan buat sama mcm kanak2 lain..sampai sekarang ada sebotol lagi baki sarang burung yang tk pernah lagi aku gunakan tersimpan dlm almari..

bila haziq kena demam baru2 ni..menggelabah jugak la aku..dia demam biasa tapi suhu badan dia yg sgt panas sgt2 membimbangkan aku..bwk ke klinik doktor bg ubat demam biasa..
mlm tu, bila aku rasa badan dia yang sedang hangat tu, aku ckp kt dia..haziq..cepatla baik..mama ni, kalau la ada ayah dah tentu mama dah panik bagitau kat ayah tentang keadaan haziq..tp sekarang, nak tak nak mama kenala kuatkan hati,hadapi keadaan mencemaskan ni sorg2..cepatlah sembuh haziq ye..dia diam mendengar..mgkn keadaan dia buat dia tak larat utk bersuara..

mlm esoknya, keadaan haziq masih sama, wpun da bg mkn ubat masih jugak tak kurang panas badan dia..sambil aku jaram kepala dia dengan air asam jawa (aku guna semua cara termasuk yg tradisional demi utk kesembuhan haziq) dia ckp dgn aku..mama..nanti kalau mama demam, haziq nak buat sama macam mama jugak lah..aku ty dia..nak buat ape??ape yg mama buat pd haziq??nak jaga mama mcm mama jaga haziq ni, bg mama makan ubat, jaram kepala mama..haziq nak buat sama jugak..sungguh terharu hati aku mendengar dia berkata begitu..aku tersenyum memandang haziq..terkaku aku mendengar janji seorg anak satu2nya permata hatiku..kata2nya melegakan aku..wpun hanya la janji daripada seorg anak kecil, itu sudah buat hatiku jadi terharu...

alhamdulillah..haziq demam dalam sehari semalam je..esok pgnya dia dah boleh ke sekolah seperti biasa..aku bg dia pakai 2 biji pendant hari tu..
sentiasa spray badan dia guna air dalam flask dan letak flask dekat bawah lengan dia..fungsi flask n pendant boleh kurangkan panas badan juga..bergantung pada badan seseorang..ada anak saudara kena demam aritu..just bagi dia tidur peluk flask je..esok paginya dah sembuh dari demam..segalanya tetap bergantung pada keizinan daripada Allah SWT..kita hanya berusaha dan berikhtiar..

xtvt cuti sekolah..Mac 2010



emm..duk termanggu kejap..dari tadi mengadap facebook sampaikn tk sedar hari sudah menginjak petang..semalam aku dengan haziq pulang ke kampung..haziq pun dah sebut2 lama dah tk balik umah wan belah ayah..cuti CNY aritu plan nk balik tk jadi..so aku fikir kali ni tk boleh tangguh2 lagi..da lama benar tk menziarah kubur arwah dan tk balik umah mertua..nasib baik ada biras dan adik ipar ada duduk di sana..so tk terasa sgt la kesunyian di sana nanti..maklum la umah kt kg skrg da tk ramai org...boleh kira dgn jari je bilangan penduduk di kg kelahiran mak dan abahku itu...tambah lagi bila di kg, telefon pun semacam kena off je..hehe no coverage...CELCOM ok la jugak, kurg2 sms pun blh terima lg..problemnya aku masih setia dgn DIGI..DIGI belum 'berkenalan' dgn kg ku lagi..huhu dalam perjalanan nk ke kg semalam..bila tiba di kg Chenor, haziq menunjukkan ke arah sebuah rumah besar di tepi jalan..
haziq : mama, tgk tu..besarnya rumah dia.. mama : knp..haziq suka rumah yg besar2 ke?? haziq : suka..nanti bila haziq da besar haziq nk bg mama duduk bilik atas, guna bilik haziq, haziq tidur atas sofa pun tkpe.. mama :hehe ye ke ni??nanti isteri haziq nak tido kat mana??apa pulak kata isteri haziq nanti.. haziq : isteri haziq biar tido dlm bilik stor je..
aku tergelak mendengar jawapan haziq yg spontan tu..
mama : ada pulak nk suruh isteri tidur bilik stor..kesian la kt dia..janganla sampai mcm tu..tk baik.. haziq : tkpe..untuk mama haziq sanggup buat apa saja..nanti haziq nak uji dulu dia.. mama : nak uji dia macam mana?? haziq : haziq tk nak bagi dia makan..nak tengok dia sabar ke tak sabar... mama : so..kalau dia sabar haziq nak buat ape?? haziq : kalau dia sabar bagusla, boleh la jadi isteri haziq.. mama: abis kalau dia tak sabar macam mana pulak?? haziq : haziq cerai je la dia.. mama : amboi..mudahnya nak cerai2 macam tu..tak baik tau..walaupun cerai tu dibolehkan
tapi itula satu2nya perkara halal yang sangat dibenci oleh Allah..haziq kena ingat
tu..jangan main2 dengan cerai2 nih..
hehe aku menasihati dia macam orang yang sudah berumahtangga..seronok pulak melayan dia bercakap semalam..hilang jugakla kesunyian waktu memandu..nasib baik dia tk tidur..biasanya kalau dalam kereta sekejap je dia dah tidur.. sampai semalam dah agak lewat hampir jam 6 petang..kwsn perkuburan di kg walaupun skrg dah terang dan tak jauh dgn jalan..tp kwsn situ tetap sunyi sepi..tk pernah lagi singgah berdua je..tp tkpela..aku memberanikan diri..sempatla membersihkan kwsn perkuburan arwah..da byk daun2 berguguran di atas tanah kuburnya..walaupun hati berdebar2 tp cepat cakap dlm hati..nanti kat sini jugak tempat aku..hilang kejap rasa takut yg menyelubungi diri... sebelum ke rumah mak, sempat singgah sebentar rumah mak sedara yg tinggal tidak jauh dari rumah mak..kebetulan anak2 mak ngah dan we jugak ada balik, so ramai la kat rumah mak ngah semalam..sempatla bertemu dengan sepupu yang agak lama juga tk bertentang mata...diorg pon tgh bersiap2 dan berkemas nak balik ke rumah masing2.. sebelum maghrib sampai ke rumah mak..riuh rendah dgn suara anak buah yang ada di sana..si hafiz dan hazim sgt aktif dan peramah..:) suka sgt bila dpt bjumpa dgn abg haziq diorg ni..rumah bergema dgn suara mereka bertiga..hehe..tkpela kasi haziq happy lebih skit cuti sekolah nih..