Isnin, 2 Ogos 2010

UMRAH 5 JUN - 16 JUN 2010


Alhamdulillah..kerana masih berkesempatan untk mengupdate blog sendiri..perasaan ketika ini,sayu, pilu dan lemah semangat bila dapat berita tuan punya blog pengalaman di kota mekah, En Manzlie telah berhenti dr Hotel Royal Sofwah, hotel ini terletak betul2 d hadapan Masjidil Haram Makkah.  Kalau dulu, selalu buka blognya untuk mengetahui berita2 dan gambar2 terkini dari sana,.terubatlah rasa rindu pada kaabah dan masjidil haram..alamak macam mana nk teruskan penulisan ni,mood pun mcm dah kurang je..:(


Apepun biarla sy teruskan dgn cerita dlm entry kali ni.Alhamdulillah sgala puji2an hanya milikNya jua..sy sgt2 bersyukur krn telah terpilih menjadi tetamuNya tahun ini. Pengalaman manis mengerjakan umrah buat pertama kali ni takkan dilupakan sampai bila2.

Hajat hati untuk mengerjakan umrah ini telah lama,cuma mungkin keadaan masa dan kewangan yg masih blm mengizinkan, atau juga belum sampai seruan dariNya. Jadi, awal tahun ini lagi sy telah membuat persediaan bermula dengan menempah awal tarikh melalui agency yang dipilih.  Kebetulan, sahabat sejawatan juga mempunyai niat dan hajat yang sama dengan saya, jadi sekali lagi urusan saya terasa dipermudahkan olehNya..saya ada teman untuk ke sana...alhamdulillah..syukur ke hadratNya kerana telah mengurniakan sahabat yang terbaik untuk menemani saya ke sana.. 



Oleh kerana kami berdua sama2 single, jadi kami berdua memerlukan mahram untuk melepasi imegresen di arab saudi..perasaan bimbang bersarang di hati bila mana dimaklumkan risiko yang akan ditanggung sekiranya mahram yang ditentukan untuk kami nanti tidak dapat menunaikan umrah dengan sebab halangan atau kematian..namun ditetapkan hati dan dipanjatkan segala doa agar urusan dipermudahkan olehNya dan tiada halangan untuk kami menunaikan hajat suci kami ini.

Saat paling mendebarkan juga ialah apabila tiba di KLIA, sedang urusan mengumpulkan semua jemaah, mahram kami sahaja yang belum ada!Ya Allah, terasa debaran kencang di dada, memikirkan adakah perkara buruk telah menimpanya atau ada halangan lain..rupanya pakcik Ali bersama isterinya Kak Zai, agak terlewat dari waktu berkumpul yang ditetapkan..tiada apa yang berlaku pun, ye la, bimbang juga, maklum la nak ke sana kan, terfikir juga akan kekhilafan diri yang terlalu menggunung memikirkan ketidaklayakan diri untuk hadir ke sana..tapi sangat terasa rahmat dan keampunan Allah itu terlalu besar untukku..Dia menerima kehadiran hambaNya yang terlalu hina dan kerdil ini sebagai tetamuNya. 


Di KLIA, kami menguruskan segala keperluan yang berkaitan, Alhamdulillah, segala urusan sangat mudah dan lancar. Niatku juga, moga Dia permudahkan juga urusan ibadahku.  Oleh sebab waktu penerbangan kami melewati sedikit waktu zohor, jadi aku berdoa moga sempatla aku dan sahabat menunaikan dulu solat jamak taqdim di KLIA. Alhamdulillah, kebetulan bertemu dengan jemaah2 lain yang juga mempunyai hajat yang sama dengan kami.  Sempatlah kami menunaikan solat jamak taqdim di balai berlepas itu juga. alhamdulillah..

Perjalanan yang memakan masa selama 8 jam dirasakan tidak terlalu lama.  Terasa cuma sekejap berada dalam kapal terbang.  Mungkin kerana sepanjang perjalanan hari tidak bertukar malam, sepanjang 8 jam perjalanan sentiasa melihat awan gemawan yang putih bersih di luar tingkap..sedangkan jika ikutkan waktu Malaysia, hari sudah menjengah malam..masyaAllah..betapa hebatnya ciptaan sang Pencipta...yang lucunya, sewaktu berada dalam flight, tidak sempat nak tidur lena mana, hidangan makanan yang kerap membuatkan kami sentiasa tersenyum..kerana terlalu kekenyangan!!hehe..

Alhamdulillah kami selamat tiba di Airport Madinah jam 5.40 petang (waktu Arab Saudi).  Urusan di sana agak lama kerana kami hanya selesai hampir waktu maghrib.  Peliknya, saya dan sahabat melepasi imegresen tanpa disoal tentang mahram.  Sedangkan sewaktu di sini kami sentiasa diperingatkan tentang perlunya mahram ketika berada di sana.alhamdulillah, terasa urusan sekali lagi dipermudahkan olehNya..


Di Madinah, kami menginap di hotel Dallah Tayyibah.  hotel ini terletak tidak jauh dan betul2 berhadapan pintu masjid bahagian perempuan.  Hanya Allah yang mengetahui betapa gembiranya rasa hati bila dapat menyaksikan Masjid Nabawi tersergam indah di hadapan mata..'aku sudah hampir dengan kekasihMu ya Allah!!'terima kasih kerana mengizinkanku menjejakkan kaki ke sini.


Selepas solat maghrib di bilik, kami tidak melepaskan peluang untuk terus ke melangkah ke masjid untuk menunaikan solat Isyak.  pintu masuk perempuan terkawal rapi.  tidak dibenarkan membawa sebarang peralatan untuk merakam kawasan dalam masjid...beg diperiksa oleh beberapa petugas wanita sebelum masuk ke dalam masjid..Kelihatan di dataran juga penuh dengan jemaah wanita yang bersolat di situ.Namun, kami tidak mahu melepaskan peluang untuk bersolat di dalam masjid.


Selesai solat, kami balik ke hotel untuk menikmati hidangan makan malam.  Makanan yang terhidang juga dirasakan terlalu istimewa.  Sahabat begitu menyukai sambal bilis sana.  Makanan yang dihidangkan membuatkan kami tidak terasa berada terlalu jauh dari Malaysia..Alhamdulillah semuanya ada di sini..