Khamis, 10 Mac 2011

ketika rindu menerpa...

entah kenapa kebelakangan ini aku sering teringatkan 'cinta' yang sudah terabadi di hati..biarpun hanya tinggal kenangan..tp kenangan itu lah yang mampu membuatkan aku tersenyum dan bahagia biarpun aku tahu kenangan itu tidak mungkin berulang lagi..sering bermonolog sendiri menyatakan rasa yang berbaki di hati..aku rindu..rindu pada kenangan-kenangan itu..ingin ku laluinya sekali lagi..bila menonton sinetron 'benci bilang cinta' lagi menguatkan ingatanku pada kisah cinta kami..saling tidak tumpah kasih sayang yang dipaparkan dari si suami kepada isteri begitu juga sebaliknya..cinta dan kasih sayangnya, ambil berat dan perhatiannya,cemburunya..begitu membuatkan aku teruja untuk terus hidup dalam kenangan indah itu..sehinggakan kadang-kadang aku berkata-kata dalam hati,jika kenangan-kenangan itu sudah membuatkan aku kuat dan bahagia cukuplah aku hidup dengan kenangan-kenangan indah itu..tiada duanya kasih sayang dan perhatian yang pernah aku terima..masih kuingati saat indah yang pernah kami lalui bersama..

teringat pada suatu kenangan..masa tu aku masih menjalani latihan praktikal di salah sebuah agensi kewangan di bandar tempat aku duduk sekarang ni..jalan situ sangat sibuk pada waktu pagi dan sebenarnya memang agak sukar dan merbahaya untuk melintas...pagi tu sebaik aku turun kereta dan nak melintas..dengan wajah bimbangnya, aku memerhati dari jauh dia melihat aku..hehe..sangat suka aku melihat reaksinya begitu..dan tambah membuatkan aku semakin jatuh cinta pada dia ialah..bila dia dengan spontannya turun dari kereta dan memimpin aku melintas hingga ke seberang dengan meninggalkan keretanya di tepi jalan tanpa mematikan enjin..aku sendiri pun terkejut tak sangka dia sanggup melakukan itu semua untuk aku..dan bila diingati..itulah yang sangat membahagiakan aku...yang manis-manis itulah yang membuatkan hati ini terus terikat untuk terus mencintai dirinya sepenuh hati...dan melupakan kelukaan dulu...

erm satu lagi yang aku tak boleh lupa ialah ketika dalam perjalanan dia berhenti di sebuah 7e..kedudukan dari parking agak jauh tapi disebabkan kereta menghadap ke kedai jadi aku dapat melihat reaksinya dengan jelas..heheh..masa tu,macam biasa bila dia je yang turun kereta,dia akan pesan supaya aku mengunci dari dalam..tapi masa tu aku jawab 'erm.. ye la nanti kunci' dan kemudian buat menda lain sampai terlupa nak 'lock'..tak lama tu tengok dia patah balik ketuk cermin kereta aku sambil tunjuk isyarat pada 'lock'kereta tu..hehe..'lorat' betul dia...sambil aku menunggu dalam kereta aku memerhati gelagatnya dari jauh..nampak dia begitu risau meninggalkan aku dalam kereta sendirian sementara dia menunggu giliran untuk membayar..ya Allah penyayang sungguh suamiku ini...!!alhamdulillah...aku sangat bahagia!!terima kasih sayang...

kami menjalani hidup dan saat-saat indah hanya kami sahaja yang merasainya...setiap kali dia nak pergi kerja,dia akan mencium pipiku terlebih dulu walaupun kadang-kadang tu aku tengah merajuk dan buat tak tahu (pura-pura tidur)hehe..yang bestnya dia tetap buat perkara yang sama..sangat terasa cinta dan kasih sayangnya buatku...paling best time kena pujuk tu le...hehehheh..biasala masa tu aku pun muda lagi..beza umur dengannya pun 7 tahun...sangat terasa perhatian dan kasih sayang yang diberi...terasa dimanjai setiap waktu...heheheh....
dia memang sangat mengambil berat..walaupun hingga nafasnya yang terakhir masih lagi bimbangkan keadaan aku..sangat bertanggungjawab hingga kadang-kadang aku merasa terlalu banyak dia yang melayan karenahku daripada aku melayani dia sebagai suami..sungguh aku terasa beruntung dan bertuah kerana kami dipertemukan dan saat-saat pertemuan kami juga terlalu indah dan manis sekali...kehadirannya mampu membuatkan aku lupa pada kekecewaan lalu...itulah hikmahnya bila kita bersabar dengan apa juga dugaan dan ujian yang datang...digantikanNya dengan sesuatu yang lebih baik pastinya...aku bersyukur di atas salah satu kurniaanNya ini..sesuatu yang sangat berharga yang pernah ku terima sehayat ini...

terus terang sepanjang kami hanya berdua..memang jarang dapur kami ni berasap...maklumla nak masak pun tak berpadanan rasanya..dah tentu banyak yang terbuang daripada yang boleh dimakan..tahun pertama perkahwinan kami,aku masih belum bekerja so jadi surirumah je la sementara tu..betul-betul macam dalam drama...baru-baru kawin jam 5 dia dah sampai rumah..heheh..banyak perkara yang selalu aku angankan dan tonton dalam drama/cerita televisyen benar-benar berlaku dalam kehidupan rumah tanggaku.. suatu ketika dia balik aku tengah memasak kat dapur dia jengukku di dapur dan memelukku dari belakang...romantis kan...heheh lagi..aduyaiii...

kalau tak ada lauk untuk dimasak dia akan balik tengahari hantar nasi bungkus kat aku..walau sesibuk manapun dia..itulah yang sering dilakukan untukku..suatu ketika aku berpuasa ganti dan terlupa untuk memberitahunya..tengahari macam biasa dia balik hantar nasi tapi haritu dia bersama rakannya..ya Allah malu betul aku...tambah pula aku berpuasa hari tu..terasa dah menyusahkan dia...tapi dia dengan selamba bila aku bagitau aku puasa,tersenyum tak pulak dia marah kat aku..teringat sangat dengan kata-kata kakak sulungku bila aku cerita pasal hal ni padanya..'awak beruntungla,nak mujur la dia sanggup buat semua tu untuk awak..payah nak jumpa lelaki macam tu,ada orang tak ambil pusing pun menda macam ni..pandaila nak makan,masak apa yang ada...tak adala nak melayan sampai pergi balik hantar makan macam tu..'terkedu aku mendengar respon kaklong...ye ke macam tu..tak mungkinlah..bukan ke semua suami akan buat perkara yang sama ke??erm..bergantung pada keadaan dan individu itu sendiri kot..apapun alhamdulillah aku dikurniakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan penyayang...

suatu masa...aku terjumpa sebuah kotak milik suamiku yang sudah terbiar lama sewaktu mengemas rumah..hehe kadang-kadang memang tak ada keje...suka je nak tengok menda tu..rupanya ada la lagi beberapa keping gambar lama x-fiancee..uihss...cemburunya aku rasa waktu tuh..tapi bila fikir balik bodoh je marahkan semua tu kan hal lama dia sebelum berjumpa aku..setiap orang ada kenangan..termasuk aku juga...tapi aku tak boleh tengok semua tu..tak sanggup terima hatinya memg pernah dimiliki sebelumku..heheh...mentahnya pemikiranku waktu itu..tapi normalla tu..cemburu tu sebab aku sayang kat dia..kalu tak cemburu nanti curiga lak dia kat aku...heheh ye ke gitu...??:)..ermm..hari tu dia balik tengok aku lain macam,merajuk tetiba..bila dia tau hal sebenar dia terus meminta maaf dan bagitau dia dah tak simpan lagi semua tu..tak tahu macam mana boleh ada lagi sebab kotak tu pun dah bercampur aduk isinya..terus dia ambil semua tu dan bawa ke belakang dapur..aku melihat dari jauh..dia bakar semuanya ketika itu juga...macam dalam drama kan...heheh..aduii la..lepas tu dia mengajakku solat maghrib berjemaah..selepas solat dia memegang tanganku sambil meminta maaf sekali lagi..dan paling syahdu bila melihat dia menangis!!Ya Allah suamiku menangis kerana terasa sangat bersalah padaku..padahal aku rasa perkara tu tak la besar mana..tapi mungkin kerana dia tengok aku terlalu sedih hari tu dan kami menangis bersama...alangkah indahnya bila diingati saat itu tambah pula aku masih dapat mengingati dia memakai baju melayu akad nikah kami malam itu..

sepanjang aku belajar jarang aku balik sendirian..banyak dia berulang alik menghantarku sampai kadang-kadang aku larang dia daripada hantar aku walaupun masa tu aku tengah mengandungkan anak kami..sebab aku kesiankan dia taknak menyusahkan dia..biar aku yang balik sendiri..aku tak kisah sebab aku sangat mengenali suamiku..dia akan pastikan aku sampai ke kampus dengan selamat setiap beberapa minit dia akan menelefon aku dah sampai atau belum..sampaikan suatu masa tu aku pun dah naik segan dengan orang sekeliling dalam komuter tu..bercakap dalam telefon bagitau berada di mana ketika itu..tergelak sendiri mungkin dia pun perasan waktu tu dia benar-benar menunjukkan sifat 'lorat' dia tu dan mendengar jawapan aku dalam nada geli hati...lepas tu baru la dikurangkan sikit 'lorat'nya tu...heheh...

perasaan cinta kami sentiasa subur dan mekar..tak betah bila berjauhan..tak tahan menanggung rindu.kami sama je dua-dua pun macam tu..tapi waktu aku dapat gstt di daerah lain, selang 2 hari dia akan berulang alik dari rumah kami..ye..kami memang tidak betah berjauhan..lebih-lebih lagi bila melihat dia sanggup berulang macam tu..kadang-kadang tiap hari dia balik..padahal hanya untuk bertemu muka sahaja...tapi yang bestnya bila tengok dia seperti risau aku tersangkut kat orang lain...hehe ade ke macam tu...kalau belum kawin tu boleh le terima...tapi itu biasa sebab aku pun bila mula bekerja kena banyak bergaul dengan orang...so kepercayaan adalah sangat penting ketika itu..

http://www.youtube.com/watch?v=PFacIu_Bnv0
bila melihat watak Dimas (sinetron BBC) yang cemburu tapi masih nak tunjuk egonya...macam tu la kan..perasaan suami...sebenarnya hal-hal lama ni perlu dibuang jauh-jauh sebaik kita menerima orang lain dalam hidup kita..tidak terkecuali dengan suamiku ini..dia mengetahui kisah cintaku melalui apa yang pernah aku ceritakan dan kami pernah bertembung di suatu tempat..kejadian yang sangat spontan itu memberi kesan yang sangat mendalam pada hubungan kami selepas itu..yer aku memang bersalah pada waktu itu..tak seharusnya aku meninggalkan dirinya jauh di saat pertembungan itu.. aku betul-betul tidak sengaja telah menyakiti perasaannya..maafkan aku sayang...tapi waktu itu memang aku belum betul-betul bersedia untuk berhadapan dengan 'dia' bersama-samamu ketika itu..aku tidak kuat...jantungku bagai mahu luruh bergetar ketika itu hingga aku melakukan perkara yang bodoh itu...sedangkan ketika 'dia' menemui insan lain, mata ini lah yang selalu menyaksikan 'dia' bersama pacar barunya selamba didepanku dan keegoaanku juga begitu berlagak biasa tetapi menangis sedih bila dibelakangnya..sakitnya dalam hati waktu itu hanya Dia yang mengetahui..terasa kebodohan waktu itu kenapa aku tidak melakukan perkara yang sama pada 'dia'??memperkenalkan pilihan hatiku waktu itu...seharusnya begitu tapi kenapa tidak berlaku seperti itu...erm..mungkin sebab lain lebih meguasai tindakanku waktu itu...tapi aku betul-betul rasa bersalah...tanpa sedar aku telah melukakan hatinya..

persis cemburu si Dimas..rupanya dalam diam dia juga curigai aku kiranya aku masih berhubung dengan 'dia'..sedangkan kami sudah sekian lama tidak menghubungi antara satu sama lain selepas pernikahanku..aku bnar-benar dapat melontar kenangan lama itu dengan kehadiranmu suamiku..sungguh aku bersyukur dan benra-benar merasa ajaib dengan perasaan ini..bagaimana kamu boleh buat aku mampu lupakan semuanya dan hanya mencintai kamu..hanya kamu setelah hadirnya kamu!!perasaan cinta dan sayang terhadapmu melebihi segala yang lain yang ku ada...suatu ketika...sahabatku telah kembali ke rahmatullah...kebetulan juga arwah juga adalah bekas kekasih 'dia' setelah aku...jadi aku mahu maklumkan hal itu pada 'dia'..aku minta izin dengannya..memang dia melarang tapi masih lagi ada timbang rasa darinya ketika itu..so sekadar memaklumkan hal itu melalui mesej..tanpaku sangka..'dia telah menghubungi aku semula saat ketika kami berada dalam kereta..aku terpaksa menjawab panggilan 'dia' dan didengari dengan teliti oleh suamiku...huhu..suamiku perasan ada kejanggalan dalam berbicara dan rasa serba salah untuk bercakap lebih panjang ketika itu membuatkan 'dia' juga memahami keadaan ketika itu...yang aku hairankan bukan berita tentang arwah sahabatku yang lebih ditanya 'dia' tapi adalah mengenai diriku..ermhhh...cerita masa lalu memang manis untuk dikenang kan...suamiku bertanya bertalu siapa yang menghubungi??spontanku jawab..'kawan je'..."betul ke kawan??nampak lain macam je."..aku mendiamkan diri...hehe persis pesalah...suamiku mengomel sendiri dan aku hanya mendengar...'oh..kalau abang, bukan main lagi ayang marah, tak buat pun disangka buat...tapi ayang selamba je yer...tak fikirpun perasaan abang...hehe aku hanya bertenang waktu itu..mahu melihat setakat mana marahnya dia..dan hanya menjawab yang paling logik waktu itu...'laa..kan abang sendiri dengar apa yang ayang cakap dengan 'dia'..tak cakap menda lain pun kan...'dia terus membalas "ye la..tapi 'dia' sibuk tanya pasal ayang je... 'alaa..biasala tu..da lama tak contact kan...'balasku selamba..heheh...sedangkan aku juga keliru sebenarnya dan tertanya-tanya soalan yang sama..fikirku tentu 'dia' akan banyak bertanya tentang 'arwah sahabatku tika itu...ermhh...

dalam pada itu..aku mengomel sendirian kenapa telefonku waktu itu lain deringannya..sedangkan aku set lagu lain..tanpa sedar suamiku mendengar bicaraku...yang lucunya..waktu tu kami baru tiba di hotel semula..dalam keadaan sakit perut macam tu dah masuk ke bilik air dah, boleh dia keluar semula cakap kat aku macam ni..'aaa...abang tau..mesti ayang set lagu khas untuk 'dia' kan...sebab tu bunyi lain...aku menjerit membalas...tak adalah mana ada macam tu..abang ni dah sakit perut tu pergila masuk bilik cepat aku menolak lembut dia masuk ke bilik air..sambil tersenyum sendirian...hehe kelakar kan..macam dalam drama betul...aduyaiii...nasib baik tak bergaduh besar hari tu..walaupun aku tahu hati dia mula terluka sekali lagi selepas peristiwa pertembungan itu...

~sambung lagi....:)~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan