Rabu, 2010 Januari 06

Permintaan Haziq...

malam buka sekolah baru nih,masa aku tgh melaksanakn rutin aku bila tibanya hari bekerja..(iron baju utk seminggu..hehe)..haziq bersuara pd aku..


haziq:mama..mlm ni haziq nk mula tido kt bwh lah..

terkedu kejap aku mendengar ayat spontan yg kuar dr mulut dia malam tuh..

mama:erm..betul ker ni??knp nk tido bwh??

haziq:laa..haziq kan dah darjah 3,dah besar,mana boleh tido dgn mama dah..


dlm hati aku..sape yg tkleh tido nanti nih..mama ke haziq?..hehe..tp tkpelah..kt bwh je,bukan bilik lain,kalu haziq nk tido bilik sebelah conperm mama dia pyh nk lelap mata..gtula selalunya kalu kena tido sowg2..tk leh nk lena la sampai ke pg..

mama:erm..tkpelah kalu mcm tu..nanti boleh bentang tilam kt bwh..

siap gosok baju,haziq dah siap sedia nk tido..aku pun da mula nk landing atas katil..tk sampai 10 minit,haziq naik blk atas katil..aku gelak je..

mama:ha knp lak ni??

haziq:erm..bestnye tido atas katil..tilam ni tebal..

mama:dah tido je lah kt atas ni..kat bilik sebelah pun tilam tebal gak..ke haziq nk tido sebelah??(konon je tanya)

sambil bangun turun semula ke bwh dgn menggeleng kepala..

haziq:erm tkpelah
mama..haziq tido kt bwh ni jelah..

aku tergelak mdgr jawapan haziq..aku dah tau,dia tkkn berani nya..tp bgs gak,sbb aku pun lum cukup keberanian nk tido sowg2 dlm bilik..hehe


sebelum ni, memg aku selalu sebut dgn haziq..bila dah besar nanti, haziq tk boleh tido dekat mama..haziq kena tido tpt lain..tk sangka la pulak..sebelum aku menyuruh dia dulu yg buat permintaan..hehe..tu lah..kekadang budak2 ni, kena selalu sebut dan ingatkan..secara perlahan2..dia akan ikut dan patuh..so diorg pun takdela nk buat secara terpaksa..sampai masanya dgn sendiri dia akn buat secara rela.....:)

Sabtu, 2010 Januari 02

fb oh fb...

salam tahun baru buat semua..
blog aku ni sudah lama benar dibiarkan sepi..
skrg jrg benar aku meluangkn masa di sini..
terasa 'berbicara' tanpa suara dalam laman sosial
terpopular masa kini,facebook lebih memberi kepuasan
dan keseronokan apatahlagi bila dapat bertemu semula
dengan kawan2 lama zaman sekolah yang telah pun
ditinggalkan sejak hampir 15 tahun yang lalu.

itulah kebaikan yang dapat dilihat dalam fb nih
menyatukan ukhuwwah yang telah terpisah
mengeratkan ukhuwwah di kalangan kaum kerabat
membina ukhuwwah yang baru terjalin..
semuanya jika diambil dari sudut yg positif,
insyaAllah positifla jadinya..
tp jangan pula sampai dilalaikan kita daripadaNya
maklumla manusia bila dihidangkan
dgn perkara yang memberi kesronokan sebegitu
mulalah rasa alpa dan leka
hingga terabai apa yang sepatutnya
diberi keutamaan..
moga kita lebih bijak menggunakan
dan membahagikan masa yang ada
dengan sebaiknya..

dalam kepala sudah memikirkan dan
merancang utk buat jadual yang khusus
utk berfacebook ni..
bermula kerja utk tahun ini..
bermakna aku perlu membahagikan masa
dgn betul..krn byk perkara yg perlu dilakukan..


aku harap aku akn dpt arrange
btl2 masa yg sesuai utk ngadap fb or berblogging
or what ever lah..
tp bila nk buat ek..
skrg ni,tk leh jauh dgn laptop ksygn nih..
kalu tk on rasa mcm ada yg kurg je..
tp tu semua atas diri masing2
gunakan masa dgn sebaiknya
sbnrnya thn ni ada byk sgt benda yg aku nk buat
sempena azam tahun baru ni..(kiraan hijrah lah)
harap2 tercapai segala maksud,harapan dan tujuan
24 jam tu kalau lah aku dpt bahagikan dgn betul
pasti hasilnya akan lebih cantik
aku akan usahakan ke arah itu..'
ada byk benda yg ada dlm fikiranku skrg
pkara yg baik jgn ditangguhkan..
moganya dapat dilaksanakan dgn baik..amiin..

Isnin, 2009 November 02

Rawatan ke atas pesakit lumpuh

Pada hari raya ke-4 yg lalu, aku bsama seorg lg adik perempuanku beserta ahli keluargaku yg lain telah pergi membuat rawatan ke atas seorg pesakit lumpuh di Kg.Sentosa, Maran..pesakit tersebut bernama Kembang berusia lebih 70 thn..makcik Kembang sakit lumpuh sejak 3 bln yg lepas..tk boleh bgn berdiri dan terpaksa bergerak menggunakan tenaga kedua tangannya secara mengengsot utk ke bilik air dan sebagainya..

ni sebenarnya first treatment aku wpun aku dah guna produk ni hampir selama 6 bulan..tp aku tk pernah buat rawatan sebelum nih kerana tk confident dan tk ada keberanian utk mcuba..maklumlah bila melibatkn penyakit nih..mcm2 terlintas dlm fikiran..takut itulah, takut inilah..hehe..

tp pd kali ni, aku sendiri pun tk tahu dari mana datangnya keberanian dan semangat aku utk mencuba buat rawatan ke atas pesakit tersebut..pesakit ni bukannya org lain jugak..ada kena mengena dgn adik ipar aku..so dia mintak tlg sgt dgn aku agar mencuba buat rawatan ke atas nenek saudaranya itu..

kelemahan aku kalau org dah mintak tlg mcm tu, tk mampu nk menolaknya..org dah mintak tlg kan, wpun tk ada pglmn lgsung membuat rawatan, cuma aku pernah ikut upline dan tgk dia buat rawatan ke atas pesakit lumpuh pd beberapa bulan sblm itu..tu pon g tgk dan amik gambar je..sikit pun aku tk sentuh sebab msh takut2 lg..hehe

so, bila adik ipar mintak tlg ni, apa lg alasan aku nk bg..tk ada org lain yg nk dharapkn, so aku niatkan 'lillahitaala' ingin bantu setakat kemampuan aku..tawakkal je la..niat betul2 nk tlg dia..tk kisah lah mcm manapun, jd ke tk jd ke belakang kira..dgn hati yg betul rela dan ikhlas aku meneruskn misi pd pg raya ke-4 tersebut..

aku menggunakan 6 biji pendant dn sebiji flask utk mandi aku memulakan rawatan dgn merendam 2 biji pendant ke dalam besen terlebih dahulu selama 20 minit utk rawatan bahagian kaki..2 biji lg aku pakaikan di depan dan di belakang..2 biji lg dgenggam d kedua2 belah tgn..selang 5 minit sekali pesakit diberi minum air daripada flask..

urutan dilakukan hanya di bahagian kepala pesakit..kepala dan bahagian badannya dibasahkan dgn menggunakan flask dn air yg direndam pendant td.,.manakala di bahagian kakinya hanya dibasah2kan dgn air rendaman pendant shj..selepas 30 minit didapati perubahan pd bahagian tangan kirinya sudah boleh diangkat tinggi, sedangkn sebelum itu, pesakit mengadu tk mampu mengangkat tgn kirinya kerana sakit dn ini sgt menyukarkn terutama bila nk pakai baju..

setelah hampir 1 jam membuat rawatan, perubahan yg sgt2 mengejutkan aku sendiri dan org lain yg ada dlm rumah tu, pesakit tersebut boleh bangun dgn tenaganya sendiri dan boleh berjalan keluar dr bilik tidurnya menuju ke beranda luar! kelihatan pesakit terlalu bersyukur dan gembira dgn perubahan tersebut, terasa sgt simpati krn sambil menitiskan air mata beliau menyatakan hasratnya utk pulang ke kgnya d terengganu..(beliau tk pnh blk sejak sakit) beliau terlalu merindui kg halamannya..alhamdulillah bersyukur kpd Allah SWT krn dgn izinNya lah keajaiban ini boleh berlaku..aku sendiri tidak menyangka sebenarnya..inilah pengalaman pertama aku dan sgt gembira krn terasa spt dah dpt bantu meringankan beban pesakit dn keluarganya..alhamdulillah..secara tk langsung pengalaman pertama ni memberi semangat dan keyakinan pd aku utk melakukan rawatan yg seterusnya selepas ini..betul kata pepatah..kalau tk dipecahkn ruyung manakan dpt sagunya, tk cuba tkkan tahu..so tepuk dada tanya selera..segalanya telah terbukti tp syg tidak ada gambar yg dpt diuploadkan krn mslh teknikal..insyaAllah bila2 nanti akan diupload gambar yg berkaitan dgn rawatan spt ini..

Rabu, 2009 Oktober 21

sabarla anakku..

malam ni, kerana ketiadaan air, kami makan kat luar lg..
ada rakan bgtau satu tempat yg agak sedap dan murah..
so planning malam nih nk g cuba try test lah..
erm..alhamdulillah..bolehla bagi 3 bintang..
ada rasa dan blh makan la kata org..
sambil2 mkn bersembang dgn haziq..
dia duk minta belikan pensil picitnya yg baru..
katanya kwn pinjam tk pulangkan...
aku mcm biasa la..
duk berleter itu ini..
sedap berleter duk teringat pen yg aku baru beli pun
hilang entah ke mana..
dah byk kali beli..
asyik hilang je..
letak dlm handbag pun blh hilang..
mula duk tersenyum sendiri..
marahkan anak..
tk sedar diri sendiri pun sama..
barula reda sikit rasa nak marah dan berleter tuh..hehe
terus bagitau dia..
nanti2la kita g beli kat kedai mana2..
dia ajak g giant mlm ni juga..
so slow talk la dgn dia..
boleh tak haziq sabar sikit je lagi..
insyaAllah nanti ada masa kita pergi beli..
kat maidin ke..atau mana2 kedai yg kita
akan singgah nanti..
haziq pun tersengih mdgr jwapan lembut aku..
dia pun da mula faham..
tadi waktu aku berkeras dia pun nak berkeras
jugak..mintak dan terus mintak..
bila da ckp baik2 mcm nih barula dia ok sikit..
erm..tetiba..da abis makan tuh..
terkeluar dari mulut dia soalan
yg buat aku mula terkedu..
'mama' agaknya ada tak org lain
yg kehidupan dia sama
mcm haziq ni???
tak ada ayah, tak ada adik..
sorang2 je..
adus..knpla soalan itu yg ditanyakan pada aku..
syahdu benar rasanya..
mujurla aku ni dalam kategori org
yg kuat semangat la jugak..
agaknya kalu org yg
lemah semangat dah terus
mengalir air matanya..
aku mencari kekuatan dan ruang utk
menjawab soalan anakku itu..
ku jelaskan padanya satu persatu..
haziq..bersyukurlah haziq masih punya mama..
ada org lain yg langsung tak ada ibu dan ayah..
kisah Nabi Muhammad yg mnjadi yatim piatu
sejak kecil lg..
dia mendengar ceritaku dgn teliti dan khusyuk sekali..
diselangselikan dgn soalan bila dia
tidak memahami sesuatu..
sabarlah haziq..
ini ujian utk kita..
apalah yg dirasakan
anakku ketika ini agaknya..
kalaulah aku dapat menghilangkan
segala perasaannya itu..
namun mungkin dia terasa kekurangan
dan kehilangan sesuatu..
moga anakku tetap tabah menghadapi
suratan ini..

Khamis, 2009 Oktober 15

Syawal yg bermakna..






salam semua..
sudah lama tidak mengunjungi blog sendiri:)..
skrg ni rasa dah semakin sibuk dgn pelbagai urusan..
tp tetap puas ati sebab pulangannya sgt berbaloi..
alhamdulillah..
malam ni nak kongsikan cerita tentang syawal 2009 yg sgt bermakna,
walaupun dah tinggal berdua
namun dgn adanya kedua ayahbonda
dan adik beradik sendiri
serta keluarga sebelah arwah,
perasaan sedih tu dapatlah dikurangkn..

walaupun pada akhir ramadhan yg lalu,
hampir hilang semangat nak sambut raya..
tk taulah knp tiba2 perasaan yg tidak baik itu timbul..
org sibuk buat persediaan itu ini,
aku boleh relax jer..
tp..yg hairannya mood tak baik tu
bertukar serta merta
bila balik dari shopping tudung raya..
betul la shopping ni boleh menghilangkan stress..
serta merta hilang
segala perasaan tk menentu
yang mengganggu hati dan fikiran..
hehe kejap je la takde moodnya..

tiba syawal yang dinanti..
raya yang kurasakan tiada erti
bertukar kepada
kegembiraan, keceriaan dan kepuasan
yang sukar nak digambarkan dgn kata2..
pada pagi hari raya pertama lagi,
ada seseorg
telah memberiku kegembiraan itu..
terasa tidak bersendirian pada pagi itu
wpun hanya dgn kiriman sms..:)
terasa masih ada org yg sudi
mengambil berat
dan berkongsi kegembiraan bersama..

raya pertama tahun ni,
aku bersama keluarga tukar plan..
kebiasaannya
kami akan bergerak pulang ke kampung
selepas solat hari raya..
tapi tahun ni..
kami pergi menziarah
keluarga terdekat sebelah abah pula..
erm...terasa kelainannya..
sesekali tukar program,
seronok jugak
dapat berkumpul bersama
pada pagi raya..
raya semakin bererti
bila dapat bertemu
dgn hampir semua
saudara mara
samada jauh atau dekat..
itulah kepuasan yg kumaksudkan..
kami beraya sakan
sampai ke rumah
dah hampir tengah malam!
tak pernah lagi berlaku macam ni..
tp kiranya
betul2 dapat mengeratkan lagi
silaturrahim antara kami,
setelah sekian waktu
tidak bertemu dan berkumpul sekali..
tp alhamdulillah
syawal tahun ini
telah mempertemukan kami..

raya ke2
baru dapat pulang ke kampung..
bertemu mertua
dan adik beradik arwah..
bermalam semalaman di sana..
rupanya mak mertua aku
dah risau dan sebut2 aku tak balik kg..
hehe..tahun ni,
menantu dia buat nakal sikit..
lambat balik kg..
tp bukan bermakna tak ingat,
cumanya ingin membuat
suatu kelainan dari yang biasa..
kalu balik ke kg..
sudah tentu tak dapat bertemu
dgn semua saudara mara yang lain...
erm..ok jugak program raya tahun nih..

yg paling menggembirakan aku
adalah apabila dapat bertemu
dgn hampir semua kwn2 rapat
masa sekolah dulu..
rindunya dgn kawan2 tak terkata..
alhamdulillah
kami dapat bersua muka pada raya yg ke4..
semuanya tanpa dirancang dan diduga..
asalnya aku hanya pergi menziarah
seorg teman..
tak sangka daripada situ,
ada ruang untuk kami semua
bertemu di rumah masing2..
perkara yg sgt2 membahagiakan aku
dapat beraya bersama dgn kwn2
yg sudah sekian lama tidak bertemu..
terasa kesedihan aku pada awalnya
diganti dgn semua ini..
alhamdulillah...

satu lg perkara
yg sgt menggembirakan aku
dan akan menjadi kngn
yg tak akn dilupakan sampai bila2..
dpt bertemu dgn
cikgu kesayangan masa sekolah rendah dulu..
iaitu Cikgu Rahmat
dan isteri Ustzh Habsah..
sungguh tak sangka,
syawal ini
akan mempertemukan kami sekali lg...
kali terakhir
pertemuan kami
adalah pada masa
kenduri jemput menantu aku di kg..
8 tahun yg lalu...
itupun hanya kebetulan..
masih ku ingati,
cikgu rahmat datang jumpa aku
dan menegurku
waktu itu rasa nak menjerit
tapi mujur sempat kawal emosi
waktu tu masih berpakaian pengantin
dan duduk di meja makan..
hehe..
tak sangka cikgu pun masih mengingatiku..
so raya ni sgt bertuah
krn dpt berjumpa dgn cikgu skali lg..
cikgu masih mcm dulu..
maintain je..
anak murid dia nih
yang dah byk berubah..:)...
terima kasih cikgu..
jasamu akan tetap ku kenang
selagi ada hayat ini..








Sabtu, 2009 September 19

salam aidilfitri..

sepanjg bulan puasa ni, tk byk pkara yg boleh dikongsikn krn masa sgt suntuk dgn aktivti harian..sedar tk sedar dh pun berada d phujung ramadhan..hati mula terasa sayu utk meninggalkn ramadhan ini..di hati mula terdetik, adakah lg kesempatan utk bertemu ramdhan akn datg??moga msh ada ruang dan kesempatan utk memperbaiki kelemahan dan kekhilafan diri..

sekarang ni dah pun berada d rumah mak..kalau semalam masih tercongak2 bilakah waktu yg sesuai utk pulang ke kampung..hari ini ataupun besok shj..bila dah siap kemas rumah tadi dan kemaskn beg pakaian barulah datang semangat nk blk kg..tk fikir panjg dah..terus buat keputusan utk blk malam ni juga..

sebelum bertolak balik ke kg, singgah dulu ke pasar raya megamall utk beli kasut raya dan sandal si haziq nih..alhamdulillah la, jalan tk jammed sgt mlm ni dan mudah pula dpt parking td..segala urusan menjadi sgt mudah..brg yg dicari juga tk memakan masa yg lama utk dcari..cuma singgah d 1 kedai, haziq dah dpt kasut raya dan sandal idamannya..dlm kul 9.30 mlm baru dpt bertolak dr kuantan..alhamdulillah selamat sampai kul 10.30 mlm td..

bila sampai rumah mak rasa sgt seronok dan happy dpt bjumpa dgn sibling yg ada serta anak2 buah yg bgitu seronok nk sambut raya di sini...tk sabar nk main bunga api dan mercun mancis..hehe..tk bahaya sgt tkpela bg peluang diorg tu main...

apepun..ramadhan kali ini rasa terlalu pantas masa berlalu..berada di bulan ramdhan ni sebenarnya sgt2 membahagiakan..tenang, tenteram dan berbagai perasaan lagi yg tk dpt nk digambarkn..moga msh ada peluang utk bertemu pada ramadhan yg akan datang..rasa sedih, sayu dan pilu utk meninggalkn ramadhan...terasa sayang yg tk mampu diungkap dgn kata2...

di kesempatan ini, ingin aku ucapkan salam aidilfitri buat semua teman rakan taulan yg mengenaliku dan pembaca2 blog qurratuaini..moga lebaran tahun ini membawa seribu rahmat dan kebahagiaan buat kita semua..moga jalinan ukhuwwah dan silaturrahim dpt dpertingkatkan dan dieratkan dgn kehadiran aidilfitri ini..SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Jumaat, 2009 Ogos 28

balik kampung..

salam ramadhan..alhamdulillah..dah masuk hari yg ke 7 kita melaksanakan ibadah puasa..
ni baru je blk dr kg, umah mertua..sgt sibuk minggu ni..bermula ari jumaat blk umah mak di maran, ahad naik kl, umah adik, selasa ada urusan bisnes di sana, rabu baru blk semula ke maran..mlmnya lepas berbuka terpaksa blk ke ktn, coz ari khamis ada PTK..ermm..penat tk terkata..kalau tk pakai pendant ni biasanya dah demam..pg khamis lg dapat call dr sis in law, ajak blk kg berbuka bersama family di sana..ingatkan terus nk stay d ktn sampai abis cuti ni..memandangkan dah tk ada masa lg nk blk berbuka bsama family di sana, kenala jugak blk ke kg yg memakan masa 2 jam 1/2 nk kena memandu..aduii..rasa nk patah pinggang..tp tkpela..nk eratkn silaturrahim dn menziarah mertua..rumah mak pun hampir 95% siap..cantik..dan sgt besar..siap jugak akhirnya banglo idaman mak..hehe..

semasa berbuka di maran minggu pertama puasa..sgt terasa ketiadaan arwah ayah haziq..tk terbendung pulak perasaan nih..terdengar2 dan ternampak2 dia ke bilik air mengambil wuduk..mananya tk terasa..bila semuanya berkumpul, terasala kurg seorg lagi ahli..blk kg br ni, bilik pon da kurg 1, sebab tapak 1 bilik dibuat bilik air..tp tk terasa sgt sbb da hampir keseluruhan rumah da berubah..tk de lg kngn lama tuk dkenang..cumanya rasa bersyukur dn heppy bila hubgn kami masih tetap rapat dan mesra seperti dulu..alhamdulillah..akan ku pastikan hubungan ini tidak akan terputus sampai bila2, wpun situasi akan berubah..insyaAllah..