Ahad, 28 November 2010

Khasiat Pendant.

Erm..sebenarnya saya sendiri pun agak lama 'menyepi' dari bercerita tentang khasiat pendant nih..sejak awal tahun ni saya dah mula kurang involve dalam ape juga yang berkaitan dengan biz ni..function pun dah lama tak pergi..Ini kerana tahun ni saya mahu menumpukan pada persediaan untuk menunaikan umrah.  Sebab itu, awal-awal lagi saya dah booking tarikh untuk ke sana kerana tidak mahu persiapan ke sana di ambil mudah dan kelam kabut bila saat-saat akhir.  So, antara perkara yang perlu dikurangkan adalah mengenai biz ini sendiri. Hari ni, saya bukan mahu berkongsi tentang biz, tapi ialah mengenai pendant, bagaimana pendant dapat digunakan sebagai rawatan awal di saat kecemasan. Saya lebih suka berkongsi tentang pengalaman yang dilalui sendiri daripada bercerita mengenai testimoni lain.

Sebelum ini, anak saya terpijak paku pada sebiji gasing ketika sedang bermain di taman. macam biasalah saya mudah panik bila berada dalam keadaan macam ni, tambah lagi bila tengok kaki dia berdarah macam tu.ketika itu, hampir terlupa tentang fungsi pendant dan air casnya. Mujur cepat teringat untuk menggunakan pendant sebagai rawatan awal. Pendant saya letakkan di tapak kaki tempat luka tersebut. saya mintak dia duduk dan letakkan pendant di situ.  
Tidak lama selepas itu, nampak darah sudah berhenti keluar..erm..memang antara fungsi pendant adalah memberhentikan pengaliran darah apabila berlaku kecederaan...sambil itu juga saya semburkan air flask ke atas luka tersebut..saya membayangkan kemungkinan kaki dia akan bengkak keesokan harinya. "erm..dia kena mc la esok ni"...malamnya pula, saya letakkan pendant di tempat luka, so malam tu dia tidur pakai stokin. Apa-apa pun hanya bertawakkal kepada Allah semoga kaki dia tidak bengkak seperti yang saya bayangkan. Alhamdulillah, bangun pagi esoknya saya tengok dia bangun dengan cergas macam tak ada apa-apa yang berlaku. Saya tanya dia.."eh dah tak sakit ke kaki tu??" Dia cakap, "tak sangat, sikit-sikit je, boleh pijak lantai macam biasa je!" Saya tengok kaki dia pun tak bengkak! MasyaAllah, sangat berkesan rupanya pendant ni sebagai rawatan ketika kecemasan macam ni. Syukur kerana Allah telah mengizinkan Haziq cepat sembuh macam ni. Ape pun segalanya dengan izinNya. Alhamdulillah..so haziq pergi sekolah macam biasa hari tu. dan tambah mengejutkan saya, petang tu dia dah boleh bermain macam biasa, siap melompat-lompat lagi,he3 macam tak kena apa-apa ke kaki tu.

Pengalaman kedua adalah mengenai diri saya sendiri. baru-baru ini kaki saya pula terpijak kaca serpihan gelas. Kaca tu pulak waktu tu betul-betul duduk macam piramid dan saya terpijak yang bahagian tajamnya tu, so tertusuk agak dalam jugaklah..maklumla tuan yang memijaknya pun boleh tahan beratnya:) Darah mengalir keluar laju..masa tu rasa syukur sangat sebab kena kat kaki sendiri, bukan anak yang pijak. Saya terus minta haziq membasahkan pendant dan bawa air flask. Cara rawatan yang sama saya gunakan untuk merawat kaki dia dulu.  So, macam biasa, kejap je letak pendant, tak lama darah berhenti mengalir keluar, Ahamdulillah. tapi, terasa sengal bisanya masih ada, masih letakkan pendant lama di situ, agar dapat mengurangkan rasa bisa dan moga dapat mengelakkan bengkak pada tempat tu..malam pun tido pakai stokin.  

Esok pagi, alhamdulillah, tak ada lagi rasa sakit dan bengkak juga tiada..erm..terlintas di fikiran, setiap rumah perlu ada sekurang-kurangnya sebiji pendant untuk digunakan sebagai rawatan awal kecemasan. tapi, nak yakinkan orang bukan senang kan.semuanya perlu dilalui sendiri dan rasalah perbezaannya. Tiada bezanya dengan ubat hospital yang ramai beranggapan untuk menyembuhkan penyakit yang berkaitan.  Sedangkan Allah jualah yang memberi izin dan menyembuhkan penyakit. Itu adalah PASTI. Sekadar berkongsi khasiat pendant di sini.