Isnin, 2 November 2009

Rawatan ke atas pesakit lumpuh

Pada hari raya ke-4 yg lalu, aku bsama seorg lg adik perempuanku beserta ahli keluargaku yg lain telah pergi membuat rawatan ke atas seorg pesakit lumpuh di Kg.Sentosa, Maran..pesakit tersebut bernama Kembang berusia lebih 70 thn..makcik Kembang sakit lumpuh sejak 3 bln yg lepas..tk boleh bgn berdiri dan terpaksa bergerak menggunakan tenaga kedua tangannya secara mengengsot utk ke bilik air dan sebagainya..

ni sebenarnya first treatment aku wpun aku dah guna produk ni hampir selama 6 bulan..tp aku tk pernah buat rawatan sebelum nih kerana tk confident dan tk ada keberanian utk mcuba..maklumlah bila melibatkn penyakit nih..mcm2 terlintas dlm fikiran..takut itulah, takut inilah..hehe..

tp pd kali ni, aku sendiri pun tk tahu dari mana datangnya keberanian dan semangat aku utk mencuba buat rawatan ke atas pesakit tersebut..pesakit ni bukannya org lain jugak..ada kena mengena dgn adik ipar aku..so dia mintak tlg sgt dgn aku agar mencuba buat rawatan ke atas nenek saudaranya itu..

kelemahan aku kalau org dah mintak tlg mcm tu, tk mampu nk menolaknya..org dah mintak tlg kan, wpun tk ada pglmn lgsung membuat rawatan, cuma aku pernah ikut upline dan tgk dia buat rawatan ke atas pesakit lumpuh pd beberapa bulan sblm itu..tu pon g tgk dan amik gambar je..sikit pun aku tk sentuh sebab msh takut2 lg..hehe

so, bila adik ipar mintak tlg ni, apa lg alasan aku nk bg..tk ada org lain yg nk dharapkn, so aku niatkan 'lillahitaala' ingin bantu setakat kemampuan aku..tawakkal je la..niat betul2 nk tlg dia..tk kisah lah mcm manapun, jd ke tk jd ke belakang kira..dgn hati yg betul rela dan ikhlas aku meneruskn misi pd pg raya ke-4 tersebut..

aku menggunakan 6 biji pendant dn sebiji flask utk mandi aku memulakan rawatan dgn merendam 2 biji pendant ke dalam besen terlebih dahulu selama 20 minit utk rawatan bahagian kaki..2 biji lg aku pakaikan di depan dan di belakang..2 biji lg dgenggam d kedua2 belah tgn..selang 5 minit sekali pesakit diberi minum air daripada flask..

urutan dilakukan hanya di bahagian kepala pesakit..kepala dan bahagian badannya dibasahkan dgn menggunakan flask dn air yg direndam pendant td.,.manakala di bahagian kakinya hanya dibasah2kan dgn air rendaman pendant shj..selepas 30 minit didapati perubahan pd bahagian tangan kirinya sudah boleh diangkat tinggi, sedangkn sebelum itu, pesakit mengadu tk mampu mengangkat tgn kirinya kerana sakit dn ini sgt menyukarkn terutama bila nk pakai baju..

setelah hampir 1 jam membuat rawatan, perubahan yg sgt2 mengejutkan aku sendiri dan org lain yg ada dlm rumah tu, pesakit tersebut boleh bangun dgn tenaganya sendiri dan boleh berjalan keluar dr bilik tidurnya menuju ke beranda luar! kelihatan pesakit terlalu bersyukur dan gembira dgn perubahan tersebut, terasa sgt simpati krn sambil menitiskan air mata beliau menyatakan hasratnya utk pulang ke kgnya d terengganu..(beliau tk pnh blk sejak sakit) beliau terlalu merindui kg halamannya..alhamdulillah bersyukur kpd Allah SWT krn dgn izinNya lah keajaiban ini boleh berlaku..aku sendiri tidak menyangka sebenarnya..inilah pengalaman pertama aku dan sgt gembira krn terasa spt dah dpt bantu meringankan beban pesakit dn keluarganya..alhamdulillah..secara tk langsung pengalaman pertama ni memberi semangat dan keyakinan pd aku utk melakukan rawatan yg seterusnya selepas ini..betul kata pepatah..kalau tk dipecahkn ruyung manakan dpt sagunya, tk cuba tkkan tahu..so tepuk dada tanya selera..segalanya telah terbukti tp syg tidak ada gambar yg dpt diuploadkan krn mslh teknikal..insyaAllah bila2 nanti akan diupload gambar yg berkaitan dgn rawatan spt ini..

Rabu, 21 Oktober 2009

sabarla anakku..

malam ni, kerana ketiadaan air, kami makan kat luar lg..
ada rakan bgtau satu tempat yg agak sedap dan murah..
so planning malam nih nk g cuba try test lah..
erm..alhamdulillah..bolehla bagi 3 bintang..
ada rasa dan blh makan la kata org..
sambil2 mkn bersembang dgn haziq..
dia duk minta belikan pensil picitnya yg baru..
katanya kwn pinjam tk pulangkan...
aku mcm biasa la..
duk berleter itu ini..
sedap berleter duk teringat pen yg aku baru beli pun
hilang entah ke mana..
dah byk kali beli..
asyik hilang je..
letak dlm handbag pun blh hilang..
mula duk tersenyum sendiri..
marahkan anak..
tk sedar diri sendiri pun sama..
barula reda sikit rasa nak marah dan berleter tuh..hehe
terus bagitau dia..
nanti2la kita g beli kat kedai mana2..
dia ajak g giant mlm ni juga..
so slow talk la dgn dia..
boleh tak haziq sabar sikit je lagi..
insyaAllah nanti ada masa kita pergi beli..
kat maidin ke..atau mana2 kedai yg kita
akan singgah nanti..
haziq pun tersengih mdgr jwapan lembut aku..
dia pun da mula faham..
tadi waktu aku berkeras dia pun nak berkeras
jugak..mintak dan terus mintak..
bila da ckp baik2 mcm nih barula dia ok sikit..
erm..tetiba..da abis makan tuh..
terkeluar dari mulut dia soalan
yg buat aku mula terkedu..
'mama' agaknya ada tak org lain
yg kehidupan dia sama
mcm haziq ni???
tak ada ayah, tak ada adik..
sorang2 je..
adus..knpla soalan itu yg ditanyakan pada aku..
syahdu benar rasanya..
mujurla aku ni dalam kategori org
yg kuat semangat la jugak..
agaknya kalu org yg
lemah semangat dah terus
mengalir air matanya..
aku mencari kekuatan dan ruang utk
menjawab soalan anakku itu..
ku jelaskan padanya satu persatu..
haziq..bersyukurlah haziq masih punya mama..
ada org lain yg langsung tak ada ibu dan ayah..
kisah Nabi Muhammad yg mnjadi yatim piatu
sejak kecil lg..
dia mendengar ceritaku dgn teliti dan khusyuk sekali..
diselangselikan dgn soalan bila dia
tidak memahami sesuatu..
sabarlah haziq..
ini ujian utk kita..
apalah yg dirasakan
anakku ketika ini agaknya..
kalaulah aku dapat menghilangkan
segala perasaannya itu..
namun mungkin dia terasa kekurangan
dan kehilangan sesuatu..
moga anakku tetap tabah menghadapi
suratan ini..

Khamis, 15 Oktober 2009

Syawal yg bermakna..



salam semua..
sudah lama tidak mengunjungi blog sendiri:)..
skrg ni rasa dah semakin sibuk dgn pelbagai urusan..
tp tetap puas ati sebab pulangannya sgt berbaloi..
alhamdulillah..
malam ni nak kongsikan cerita tentang syawal 2009 yg sgt bermakna,
walaupun dah tinggal berdua
namun dgn adanya kedua ayahbonda
dan adik beradik sendiri
serta keluarga sebelah arwah,
perasaan sedih tu dapatlah dikurangkn..

walaupun pada akhir ramadhan yg lalu,
hampir hilang semangat nak sambut raya..
tk taulah knp tiba2 perasaan yg tidak baik itu timbul..
org sibuk buat persediaan itu ini,
aku boleh relax jer..
tp..yg hairannya mood tak baik tu
bertukar serta merta
bila balik dari shopping tudung raya..
betul la shopping ni boleh menghilangkan stress..
serta merta hilang
segala perasaan tk menentu
yang mengganggu hati dan fikiran..
hehe kejap je la takde moodnya..

tiba syawal yang dinanti..
raya yang kurasakan tiada erti
bertukar kepada
kegembiraan, keceriaan dan kepuasan
yang sukar nak digambarkan dgn kata2..
pada pagi hari raya pertama lagi,
ada seseorg
telah memberiku kegembiraan itu..
terasa tidak bersendirian pada pagi itu
wpun hanya dgn kiriman sms..:)
terasa masih ada org yg sudi
mengambil berat
dan berkongsi kegembiraan bersama..

raya pertama tahun ni,
aku bersama keluarga tukar plan..
kebiasaannya
kami akan bergerak pulang ke kampung
selepas solat hari raya..
tapi tahun ni..
kami pergi menziarah
keluarga terdekat sebelah abah pula..
erm...terasa kelainannya..
sesekali tukar program,
seronok jugak
dapat berkumpul bersama
pada pagi raya..
raya semakin bererti
bila dapat bertemu
dgn hampir semua
saudara mara
samada jauh atau dekat..
itulah kepuasan yg kumaksudkan..
kami beraya sakan
sampai ke rumah
dah hampir tengah malam!
tak pernah lagi berlaku macam ni..
tp kiranya
betul2 dapat mengeratkan lagi
silaturrahim antara kami,
setelah sekian waktu
tidak bertemu dan berkumpul sekali..
tp alhamdulillah
syawal tahun ini
telah mempertemukan kami..

raya ke2
baru dapat pulang ke kampung..
bertemu mertua
dan adik beradik arwah..
bermalam semalaman di sana..
rupanya mak mertua aku
dah risau dan sebut2 aku tak balik kg..
hehe..tahun ni,
menantu dia buat nakal sikit..
lambat balik kg..
tp bukan bermakna tak ingat,
cumanya ingin membuat
suatu kelainan dari yang biasa..
kalu balik ke kg..
sudah tentu tak dapat bertemu
dgn semua saudara mara yang lain...
erm..ok jugak program raya tahun nih..

yg paling menggembirakan aku
adalah apabila dapat bertemu
dgn hampir semua kwn2 rapat
masa sekolah dulu..
rindunya dgn kawan2 tak terkata..
alhamdulillah
kami dapat bersua muka pada raya yg ke4..
semuanya tanpa dirancang dan diduga..
asalnya aku hanya pergi menziarah
seorg teman..
tak sangka daripada situ,
ada ruang untuk kami semua
bertemu di rumah masing2..
perkara yg sgt2 membahagiakan aku
dapat beraya bersama dgn kwn2
yg sudah sekian lama tidak bertemu..
terasa kesedihan aku pada awalnya
diganti dgn semua ini..
alhamdulillah...

satu lg perkara
yg sgt menggembirakan aku
dan akan menjadi kngn
yg tak akn dilupakan sampai bila2..
dpt bertemu dgn
cikgu kesayangan masa sekolah rendah dulu..
iaitu Cikgu Rahmat
dan isteri Ustzh Habsah..
sungguh tak sangka,
syawal ini
akan mempertemukan kami sekali lg...
kali terakhir
pertemuan kami
adalah pada masa
kenduri jemput menantu aku di kg..
8 tahun yg lalu...
itupun hanya kebetulan..
masih ku ingati,
cikgu rahmat datang jumpa aku
dan menegurku
waktu itu rasa nak menjerit
tapi mujur sempat kawal emosi
waktu tu masih berpakaian pengantin
dan duduk di meja makan..
hehe..
tak sangka cikgu pun masih mengingatiku..
so raya ni sgt bertuah
krn dpt berjumpa dgn cikgu skali lg..
cikgu masih mcm dulu..
maintain je..
anak murid dia nih
yang dah byk berubah..:)...
terima kasih cikgu..
jasamu akan tetap ku kenang
selagi ada hayat ini..








Sabtu, 19 September 2009

salam aidilfitri..

sepanjg bulan puasa ni, tk byk pkara yg boleh dikongsikn krn masa sgt suntuk dgn aktivti harian..sedar tk sedar dh pun berada d phujung ramadhan..hati mula terasa sayu utk meninggalkn ramadhan ini..di hati mula terdetik, adakah lg kesempatan utk bertemu ramdhan akn datg??moga msh ada ruang dan kesempatan utk memperbaiki kelemahan dan kekhilafan diri..

sekarang ni dah pun berada d rumah mak..kalau semalam masih tercongak2 bilakah waktu yg sesuai utk pulang ke kampung..hari ini ataupun besok shj..bila dah siap kemas rumah tadi dan kemaskn beg pakaian barulah datang semangat nk blk kg..tk fikir panjg dah..terus buat keputusan utk blk malam ni juga..

sebelum bertolak balik ke kg, singgah dulu ke pasar raya megamall utk beli kasut raya dan sandal si haziq nih..alhamdulillah la, jalan tk jammed sgt mlm ni dan mudah pula dpt parking td..segala urusan menjadi sgt mudah..brg yg dicari juga tk memakan masa yg lama utk dcari..cuma singgah d 1 kedai, haziq dah dpt kasut raya dan sandal idamannya..dlm kul 9.30 mlm baru dpt bertolak dr kuantan..alhamdulillah selamat sampai kul 10.30 mlm td..

bila sampai rumah mak rasa sgt seronok dan happy dpt bjumpa dgn sibling yg ada serta anak2 buah yg bgitu seronok nk sambut raya di sini...tk sabar nk main bunga api dan mercun mancis..hehe..tk bahaya sgt tkpela bg peluang diorg tu main...

apepun..ramadhan kali ini rasa terlalu pantas masa berlalu..berada di bulan ramdhan ni sebenarnya sgt2 membahagiakan..tenang, tenteram dan berbagai perasaan lagi yg tk dpt nk digambarkn..moga msh ada peluang utk bertemu pada ramadhan yg akan datang..rasa sedih, sayu dan pilu utk meninggalkn ramadhan...terasa sayang yg tk mampu diungkap dgn kata2...

di kesempatan ini, ingin aku ucapkan salam aidilfitri buat semua teman rakan taulan yg mengenaliku dan pembaca2 blog qurratuaini..moga lebaran tahun ini membawa seribu rahmat dan kebahagiaan buat kita semua..moga jalinan ukhuwwah dan silaturrahim dpt dpertingkatkan dan dieratkan dgn kehadiran aidilfitri ini..SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Jumaat, 28 Ogos 2009

balik kampung..

salam ramadhan..alhamdulillah..dah masuk hari yg ke 7 kita melaksanakan ibadah puasa..
ni baru je blk dr kg, umah mertua..sgt sibuk minggu ni..bermula ari jumaat blk umah mak di maran, ahad naik kl, umah adik, selasa ada urusan bisnes di sana, rabu baru blk semula ke maran..mlmnya lepas berbuka terpaksa blk ke ktn, coz ari khamis ada PTK..ermm..penat tk terkata..kalau tk pakai pendant ni biasanya dah demam..pg khamis lg dapat call dr sis in law, ajak blk kg berbuka bersama family di sana..ingatkan terus nk stay d ktn sampai abis cuti ni..memandangkan dah tk ada masa lg nk blk berbuka bsama family di sana, kenala jugak blk ke kg yg memakan masa 2 jam 1/2 nk kena memandu..aduii..rasa nk patah pinggang..tp tkpela..nk eratkn silaturrahim dn menziarah mertua..rumah mak pun hampir 95% siap..cantik..dan sgt besar..siap jugak akhirnya banglo idaman mak..hehe..

semasa berbuka di maran minggu pertama puasa..sgt terasa ketiadaan arwah ayah haziq..tk terbendung pulak perasaan nih..terdengar2 dan ternampak2 dia ke bilik air mengambil wuduk..mananya tk terasa..bila semuanya berkumpul, terasala kurg seorg lagi ahli..blk kg br ni, bilik pon da kurg 1, sebab tapak 1 bilik dibuat bilik air..tp tk terasa sgt sbb da hampir keseluruhan rumah da berubah..tk de lg kngn lama tuk dkenang..cumanya rasa bersyukur dn heppy bila hubgn kami masih tetap rapat dan mesra seperti dulu..alhamdulillah..akan ku pastikan hubungan ini tidak akan terputus sampai bila2, wpun situasi akan berubah..insyaAllah..

Sabtu, 22 Ogos 2009

menjelang ramadhan








Salam ramadhan al-mubarak..
buat semua pembaca blog Qurratuaini..
moga ramadhan tahun ini lebih banyak ruang menghampiri Allah
semua urusan menjadi ibadah dan terpahat sebagai mukmin bertaqwa..
amiin..'ramadhan kariim'..selamat berpuasa diucapkan buat semua..
sekarang ni berada di rumah mak di maran..
semalam kami sekeluarga berkumpul di sini
alhamdulillah..semua dapat balik ke sini..
aktiviti malam tadi adalah solat maghrib dan isyak berjamaah,bertarawih
membaca yasin dan tahlil arwah..
lepas tu kami makan ramai2 hidangan yg dah siap diimport dari sg isap kuantan..
malam tadi dapatla bersahur bersama..
aktiviti berbuka pula tinggal dua family je di sini..
sibling lain ada yg ke rumah mertua dan balik semula sebab kerja..
malam karang aku mungkin akan bergerak ke kelang,
umah adik..kena jadi babysitter untuk 2 hari nanti,
coz pengasuh anaknya tak ada..
takpela boleh lama sikit main dengan baby Faris yang manja tuu..
Selasa ni mungkin dapat hadir ke Petaling Jaya seperti biasa..

Khamis, 20 Ogos 2009

ramadhan & kenangan





salam semua..dn slmt sejahtera..
lagi sehari kita akan menyambut kehadiran Ramadhan al-mubarak..
tahun ini adalah tahun ketiga aku berpuasa bersama anakanda tercinta..
sahur berdua, berbuka puasa pun berdua..
itulah hakikat kehidupan..
terasa baru semalam menyediakan hidangan sahur buat ayahanda haziq..
cepatnya masa berlalu..
bila tiba bulan puasa ni, teringat la menu kegemaran arwah..
menu yang wajib ada adalah popia basah kegemarannya..
aku pun mula belajar makan popia basah bila menyambut puasa sebagai isterinya..
hidangan lain arwah tak cerewet..
dia akan makan apa yang ada..
aku tengok skrg ni..
haziq betul2 serupa mcm arwah ayahnya..
makan tak pernah memilih..
apa yang dihidang, itula yang akan dimakan..
tak pernah mintak dibuat itu ini..
emm..betul2 anak ayah ni..
aku dah mula latih dia berpuasa sejak dia berusia enam tahun lagi..
tahun pertama dia kehilangan ayahandanya..
ingatkan dia boleh tamat, emm..biasalah budak2
dekat2 akhir bulan puasa tu..
bila dah berkumpul ramai2
tgk sepupu dia yang sebaya dia tak puasa
dia pun nak joint sama..
7 hari jugakla dia tinggal..
tp alhamdulillah tahun lepas dia berjaya menamatkan puasanya..
bangun sahur pun mudah nak kejutkan dia
macam tu jugak kalau nak kejutkan bangun solat subuh..
dia dah solat subuh tu, terus bangun, tak sambung tidur semula..
mama dia pulak yang sambung tidur..he3
dia pulak akan buka channel astro ceria kegemarannya
siap tutup pintu bilik tidur aku lagi..
katanya takut bising,
ganggu mama nak tidur..
tersengih aku mendengar jawapan ringkas haziq..
padahalnya mama dia tak la lena mana..
saja nak layan mata kalu time weekend tu..
janji untuk breakfast dia dah tersedia..
haziq ni sangat mendengar kata..
apa yang aku suruh dia tak pernah bantah dan merungut..
aku mula latih dia solat 5 waktu sejak dia berumur 7 tahun..
azam aku nak ikut apa yang nabi ajar..
didik anak solat sewaktu berumur 7 tahun..
alhamdulillah..tak susah nak didik haziq untuk solat
fisrt time dia nak belajar solat subuh dia ckp tak tau nak baca doa qunut..
tak hafal lagi..takpela aku kata..perlahan2..
nanti ada masa belajar lagi..
sekarang ni..dia dah darjah 2..
masih lagi nak kena suruh dan ingatkan supaya solat..
tkpela..biasala budak2..
cuma mamanya kena prihatin la..
time sibuk tu kadang2 terlupa nak ingatkan dia..
tp ada masa..time aku 'cuti' tu..dia pulak duk ingatkan aku pasal solat..
hemm... sejuk telinga aku dengar..
mama tak solat lagi ke??
eh budak ni..perasan pulak dia, aku belum solat..
ada sekali tu, dia tegur depan kakak ipar aku(kakak arwah)..
masa tu on t way ke seremban..
kami dah niatkn nak jamak ta'khir di rumah k nisah..
agaknya dia perasan kami belum solat..
mama tak sembahyang ke??
tersenyum aku memandang kakak iparku..
kata kakak ipar..bagusla tu..
ada orang yang tolong ingatkan mama..
kami semua tersenyum memandang haziq..
nanti kena belajar buat solat jama' pulak ye haziq:)
skrg ni tiap mlm jumaat aku cuba latih dia baca yasin..
aku ckp cuba belajar baca untuk sedekah kat ayah..
nanti kalau mama pulak tak ada..
haziq dah boleh baca untuk mama dan ayah..
first time dia baca ada la dekat 8 ayat..
dia berenti..kata dia letih dah..panjang sangat..
aku tak paksa..emm tkpela..
t lain kali baca lagi..belajar, lama2 nanti pandaila..
mlm ni..dapatla 15 ayat..emm..ada peningkatan..
tkpe..lain kali belajar lagi..
itula yang selalu aku bagitau dia..

teringat aku pada zaman kanak2ku..
waktu tu aku baru darjah 2..
sekolah kat kampung semua boleh duduk asrama..
di asrama kena belajar sembahyang pada waktunye..
masa tu..betul2 bersemangat nak belajar sembahyang..
kali pertama..duk intai2 dari luar surau je..
tengok dari jauh orang sembahyang..
nak buat sendiri tak pandai lagi..
tapi keinginan nak belajar tu sangat kuat..
bila dah belajar dan tau sikit2
mula rasa seronok nak teruskan..
bila di rumah emak abah tak pernah suruh,
pandai je gi amik wuduk dan sembahyang..
cumanya tak ingat cukup tak 5 waktu..he3
time ngaji pun mcm tu..
kata arwah tuk guru aku cepat belajar dan cepat ingat
mengaji mudah lancar..cepat naik quran..
dia tanya aku..
besar nanti nak sekolah mana??
aku ckp, ikut mak abah nak antar mana..
rasanya ke sekolah menengah biasa je
tuk guru aku kata..knp pulak nak sekolah biasa??
gi la masuk sekolah arab..
awak pandai ngaji mudah belajar..
emm..aku tersengih je memandang tuk guru aku..
masa tu 2 org kakak aku dahpun belajar di sekolah men agama..
orang dulu panggil sekolah arab..
emm..dengar nama sekolah arab mcm susah jer..
tak kisahla..masa tu ikut je mana2 pun boleh..
tengok la keputusan periksa mcm mana...
emm..ni dah nak masuk topik lain..he3
nanti la sambung cite dlm entry khas
tentang waktu persekolahanku..
insyaAllah..




Rabu, 19 Ogos 2009

faris..


shock..
look up..

flying without wing..

focus..

sexy...

hi..i'm Faris..

Muhammad Faris Faiz

Jumaat, 14 Ogos 2009

H1N1

Berita terbaru!!!
pada 7hb 8 2009 yg lepas,
aku telah menerima sms
daripada upline aku
yg bernama kak zura
yg aku rewrite blk kt sini..
"Berita terbaru,
2 org downline saya
di serdang
yang dijangkiti H1N1
telah sembuh
dengan izin Allah
dalam masa
2 hari
dengan memakai
2 biji pendant,
minum direct dari flask
& mandi air pendant,

alhamdulillah..
sesungguhnya
Allah memberi jalan
kepada hamba
yang sentiasa
berusaha &
bertawakkal..
amiin.."

Rabu, 5 Ogos 2009

RVT

kebelakangan ni..
entah ke mana hilngnya selera makan aku..
tgk nasi pun tkde selera nk mkn..
kalau dulu tk blh kalau tk mkn nasi dlm sehari
jadi menggeletar gtu..
harini lagi dahsyat hanya boleh makan sepotong kuih jer..
pastu tk mkn sampai thari,
tk rasa apa pun
kul 3.30 td try mkn mi goreng da rasa lapar skit,
tk penuh pun pinggan tu
pun aku tk blh nk habiskan..knp eh??
nk kata sakit,
tk ada rasa apa pun setakat ni
masih lg bertenaga..
atau ni penangan minum air flask quantum??
memgla antara fungsinya
boleh menurunkan berat badan..
tapi kalu betul ok jgk..
tadi pun puan GPK aku mula tegur
knp nmpk kurus skrg,
wah sampai org lain pun perasan nii..
memg pun aku timbg pg td nmpk mcm turun lagi.
ok jgk..
memg ni lah keinginan aku selama ni..
nk kontrol sendiri payah sgt..
jgn ada penyakit lain sudah.
maklumla usia pun dah menginjak ke 1 angka lg thn ni..
pelik..tk pernah2 mcm ni..
semalam aku dah ambil brg yg aku beli dr teman bisnes aku baru ni..
RVT (Resveratrol) drpd Fusion Excel jgk la..
sajer nk cuba pakai..
cara guna dia semburkn di bwh lidah je 2 kali sehari,
sebelum tido dn slps bgn tido..
nk tgk ape pulak keajaiban RVT nih..he3..
fungsinya untuk anti penuaan,
blh nampak muda 6-7 tahun dari usia sebenar..
dan blh menghilangkan lingkaran gelap bwh mata..
untuk minda pun blh..
emm..t aku try dulu..
ape2 perubahan lepas ni aku gtau semula la..

kpd pembaca blog yg berminat nk tau lg psl produk Fusion Excel ni,
silalah datang ke HQ di Petaling Jaya..
tiap mlm selasa ada buat Function dn presentation di sana..
waktunye 8.30 mlm..
ni alamatnye..
Jalan 222 Asection 51A PJ..
aku selalu jgk naik kl waktu tu..
t boleh la bertegur sapa di sana yer..

kpd yg tinggal di pahang..
Functionnya pd tiap hari jumaat
kul 8.30 mlm di kompleks dagangan indera mahkota, kuantan.
jumpa di sanaaa...;)

Isnin, 3 Ogos 2009

journey to seremban..

lebih kurang sebulan yang lepas, aku telah menerima sms drpd brother in law aku dari seremban..beliau menjemputku hadir ke majlis tahlil arwah dan menyambut awal ramadhan yg akn diadakan di rumahnya pada 1 Ogos 2009 (Sabtu)..

walaupun agak sibuk sedikit kebelakangan ini dgn keje dn juga bisnes, aku bertekad utk mghadirkan diri pada majlis tersebut, doaku dlm hati moga tiada aral untuk aku hadir pd hari tersebut..niatku cuma satu..untuk mengeratkn lagi hubungan silaturrahim antara kami wpun arwah sudah tiada lebih 2 tahun..nawaitu hanya kerana Allah Taala..lagipun aku tk nak hubungan anak aku dgn family sebelah arwah menjadi renggang hy krn kesilapnku yg tdk mampu meluangkan masa bsama mereka..jadi, inilah peluang yg terbaik yg patut aku ambil utk saling bertemu dn merapatkn ukhuwwah..

alhamdulillah tiba masanya, aku dpt menepati janjiku utk membawa anakku ke sana..aku membawa dua org kakak iparku dari sini..aku rasa mcm jd tanggungjwb aku membawa mereka stlh arwah tiada..ngah memg payah nk pegi kalau tiada org yg bwk dia, embong pulak kebetulan suaminya ada keje, jd tk boleh nk pegi sendiri..kami berkonvoi dua buah kereta menuju ke seremban dgn melalui jln ke KL..aku tk confident nk ikut bukit putus tuu..lgpun kalau ikut h/way relax skit..

mak mertua aku yg terlalu baik hati tk lupa bawakan aku buah2an dr kg..byk yg dikirimkn melalui anaknya hari tu..terima kasih mak..sayang mak sangat2..sy tkkn lupa pesan mak sebaik arwah pergi, kata2 mak tu sy tkkan lupakan sampai bila2..hari pemergian arwah ,mak berkali2 berpesan padaku..'awak jgn berubah dgn mak , buat mcm menantu yg lain jgk!' sambil menitiskan air mata mak mengucapkan kata2 yg terlalu bermakna buatku...terasa kasih sygnya yg begitu menebal padaku..aku sambut kata2nya dgn raungan dan tangisan..'tak mak! mak jgn risau, sy takkn berubah..mak dah mcm mak sy sendiri! 'kami yg ada di dapur pd waktu itu semua mgalirkan air mata, terasa sebak, wpun aku masa tu aku rasa btl2 keseorgn berada di rumah mak..tgk kiri, tgk kanan, dh kurg seorg ahli dlm rumah itu..

sekarg ni rumah tu pun dh pun direnovate sebahagiannya..bilik lama aku pun dh berubah wajah..tiada lagi kenangan lama di situ..aku sedikit tersentuh melihat perubahan rumah itu..tp tkpela, itu semua hajat mak, dah lama mak berhajat nk baikpulih rumahnya..emm..tk sbr nk blk raya nanti, pasti meriah sambut raya d rumah baru!tahun ni giliran mana eh??he3 aku masih ikut giliran wpun arwah dh tiada, cuma thn lps aku tk dpt bsama mereka krn ada hal lain yg tk dpt dielakkan..

berbalik pada cerita perjalanan kami ke seremban baru2 ini..mcm2 hal nk sampai ke KL tu..kebetulan pulak aku ada janji dgn seorg teman bisnes nk amik brg dgn dia bila da sampai KL..dr mula nk bertolak tu dh mcm2 hal dah, nk tunggu adik ipar selesai mgambil buah dr kg utk dibawa ke seremban..so bertolak pun dah lambat..pastu janji dgn dia jumpa kat R&R temerloh, kena tunggu kt situ lbh kurg 45 minit jugakla..pastu, adik ipar ni dah janji pulak nk hantar buah pd kwn dia yg duk di bentong tu, n dia kata blh mkn kt kedai mkn sana terus, sup tulangnya sedappp..emm aku pun ikut je lah, wpun aku pun risau jgk dlm hati ni, psl dh janji dgn kwn td..janji kul 8 lbh akn sampai KL, kul 9 msh lg duk di kedai mkn tuu..punyela lambat service kt situ, kena tunggu setengah jam baru dpt mkn..huh sabar je la..

dlm kul 9 tu, dpt cal dr member td, agaknye dia pun hairan apsal tk cal2, janji sampai nk cal, kbetulan dia pun ada hal lain jgk mlm tu, serba slh aku dibuatnye, rasa mcm susahkn dia pulak..sori eh:)pas mkn tu, ingat nk rushing terus ke KL, jalan pulak jammed, 2 tempat ada sekatan jalan..sabo je lah aku ni..aku tk pnh pulak kena mcm ni, ujian betul..dah hampir2 nk sampai di gombak tu, anak adik ipar tadi pulak muntah, terpaksala berhenti sekejap dkt R&R gombak tu..kalut dibuatnye, dh settle tu, ingatkn dh tkda apa, blh teruskn perjalanan dgn lancar, rupa2nye ada lg sekatan jalan diorg buat betul2 dkt jalan nk ke batu cave tu, jln utama org nk masuk KL dn ke lebuh raya DUKE..tgk jam dh hampir pukul 11 mlm, aku dahla tak tau jalan nk ke putra height, umah k nisah(anak embong)..mana nk janji jumpa kwn ni td, dia dah la nk bergerak kul 11 mlm, aku agak2 mesti dh tk sempat dh nk jumpa nih..so tkpelah lain kali je la amik brg tu..tgh2 bckp dgn dia, aku dh tersalah masuk jalan!hah sudah..terlepas jalan masuk ke lebuhraya DUKE!patutnya masuk kiri, sebab tk fokus aku jalan terus..mujurnye aku ni jenis berani jgkla, kt dpn tu, gamble jer amik jaln u turn blk, tawakkal je lah, mtk2 jumpa blk jln td..alhamdulillah jumpa jgk akhirnya..psl brg aku tu dia kata minggu depan la baru blh pos..atau dia singgah kuantan on t way blk nanti..ikutla mana2 la..kelakar la pulak, kalu dia pos aritu aku dh dpt brg tu dah..ingatkn blh dpt by hand jer..huhu sori skali lg ye awak..silap plan...:)

ingatkn habis kt situ je, rupa2nya nk cari rumah k nisah pun 1 hal jgk..dh tersesat jalan beberapa kali dah, last2 sampai kt stesen petronas seksyen 7 tu, aku nekad tel dia suruh amik je lah, dh tk sanggup meredah dn mencari jln..jam pun dh pukul 12 mlm..dah pakai pendant Quantum Fusion Excel ni tak adala rasa penat..memg rasa bertenaga btl, cuma rasa letih emosi..dh mcm2 ujian nk sampai ke umah anak sedara nih..

pg esoknye dlm kul 9.30 pg, kami semua bertolak ke seremban..alhamdulillah perjalanan lancar je cuma ada sekatan dkt jalan nk masuk ke seremban tu, kete tk byk, so kejap je la..akhirnya sampai jugk ke umah long..sampai jgk awak ke sini ye ani, kata long, long tersenyum lebar memandang aku, long mcm tu lah, suka sgt kalu org dtg umah dia..layanan memg first class lah...long ni suami isteri pandai masak..memg sgaja kosongkn perut haritu sbb nk mkn masakan diorg..sgt special jamuan hari tuh..hujan sikit2 tu tk mengganggu perjalanan majlis tuu..

satu lg perkara yg menggembirakan aku, haritu dpt jumpa dgn wife kwn baik arwah suami..diorg duk dkt2 umah long jgk..so matlamat aku ni kira two in one la..diorg selalu dtg singgah umah aku kalau nk blk ke kelantan time2 cuti n raya mcm tu..aku pulak tk pnh sampai lg umah diorg..so tknak lepaskn peluang utk menziarah diorg jgk, awl2 aku dh tel k nini bgtau nk dtg..kebetulan kwn arwah outstation ke India selama 3 bulan..so wife dn anak2 dia je la yg ada..diorg dn arwah memg dh berkawan baik sejak sama2 buat degree di Korea lagi..hubungan diorg sgt rapat hinggakn kwn arwah ckp, tkkn putuskn hubungan kami ni wpun arwah dh tiada..tersentuh hati aku mendengarnya..aku sgt2 menghargainye..so aku hrp moga ikatan persahabatan antara kami ni akan kekal sampai bila2..bila arwah sakit, kwn inilah org yg mula2 sekali aku tgk menangis di tepi katil arwah, sanggup amik cuti utk bersama arwah di hospital, aku sgt terharu melihat persahabatan yg begitu ikhlas dn akrab..arwah memg seorg yg sgt disenangi ramai..sebab itula waktu pengkebumiannya sgt ramai org datang, ada org kata mcm org kenduri kawin..itulah sikap baik arwah tiada seorg pun yg menyangkal..kwn2 dr jauh manapun sanggup datang utk menziarah..moga rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman..aminn..



Ahad, 26 Julai 2009

testimoni baru

ada sesuatu yg menarik untuk dikongsikan bersama..
semasa berkursus baru2 ini, sebahagian peserta adalah daripada Lipis, Pahang.
peluang untuk berkongsi sesuatu yg baik ni tk kulepaskn begitu shj..
kebetulan kami berempat duduk bersembang sementara menantikan program ceramah yg seterusnya..

kak bada mengadu selalu sakit tumit dn kaki..aku cakap cubala minum air flask ni, baca selawat dan surah alfatihah sekali..dan aku ceritakan sedikit mengenai brgn ni..sementara aku tunjukkan gelang quantum aku, k bada kata dia juga ada penyakit tiroid, dia pun letakkan gelang aku tu kat leher dia..kejap je dh jadi hangat gelang aku tu..emm aku bgtau kt dia akak memg ada sakit kt situ, he3 mcm doktor pulak..

k zaleha pula mengadu dah 7 bulan tk datang bulan..tkpela minum je la air ni dn cuba gosokkan pada perut..dia pinjam flask aku tu selama 2 jam diletakkan dn digosokkan pd perut selama sesi ceramah berlangsung..walaupun berkursus, kami peserta2 drpd kuantan dibenarkan berulang dr rumah masing2..so termasukla aku sekali, perjalanan ke tempat kursus hy 15 minit dari rumah aku..flask aku pun sama, waktu k zaleha pulangkan terasa panas sgt flask tuu..brg ni memg begitu, kalu org berpenyakit pegang memg akan rasa panas, aku pegang tak ada ape pun, he3.. alhamdulillah sihat lagi kot..

berbalik citer tentg k zaleha tadi..besok paginya, sampai ke tempat kursus, jumpa dia aku terus ty mcm mana ok ke???memg tkejut sgt bila dia kata dah keluar pun..haaa ye ke??aku sendiri pun memg terkejut sgt..wah cepatnye kesan dia!!alhamdulillah sgt2..k zaleha kata dia nk beli barg ni..org lain yg tau pasal ni pun dah mula terbuka minda masing2..betul spt yg aku ceritakan..kwn aku kata kalau tk berlaku mcm ni susah nk percaya dgn hy dgr cerita dari aku sahaja..tkpe.. aku faham..aku dulu pun mcm tu jugak..lmbt baru boleh terima kenyataan,he3..tapi inila satu2nya ciptaan Allah yg betul2 memberi kesan dlm merawat penyakit,apepun semuanya bergantung ats keizinan Allah Taala..Dia yg menyembuhkan, kita hanya berikhtiar..sama jugak dgn mengambil ubat, itu hanya usaha dn ikhtiar kita selebihnya adalah daripada Allah Taala..

seorg lg testimoni ialah k faizah juga dari lipis, aku sendiri rawat dia guna flask aku gosok2 kt belakang badan dia sebab dia mengadu selalu sakit sendi kt belakang, tk pernah hilang..aku gosok dlm masa 20 minit mcm tu, dia kata, ye la rasa dh kurang dn hilang sakit..sekali lg aku terkejut..padahal aku tk pernah lg rawat org, niat memg nk tolong dia je,bila dia kata ok, aku rasa lg bersemangat lps ni nk tlg org dgn cara rawatan yg sgt mudah ni..sebelum ni blm ada confident, tp dh sebab tk ada org lain dh aku nk hrpkn, try je la, bkesan atau tidak, tk kisah asalkan dpt berkongsi pglmn dgn kwn2 di sini..lgpn tk ada org yg tk nk sihat kn..

malam presentasi baru2 ini, ada seorg testimoni menceritakan pglmnnmya sakit saraf doktor dh tetapkn tarikh operation, kebetuln kwnnya baru mengenali dan mengetahui tentg produk ni, so dia kata cubala dulu mana tau, blh baik..dgn hy minum air, mandi dn memakai produk ini, dia kata penyakitnya hilang dn sembuh dgn izin Allah, bila jumpa semula dgn doktor, doktor pun jadi hairan mcm mana blh jadi mcm tu, awk buat mcm mana..dia kata dia berubat dgn minum air putih je..doktor kata ubat ni sebenarnya racun bknnya blh menyembuhkn, bg sakit lg adala..haaaa???sabo je le..doktor sendiri bminat nk tau psl brgn ni, dn bila diceritakan, doktor tu pun beli 1 untuk ayah dn keluarganya..ha...doktor pun pakai...tu lah, tk ada org yg tk nk sihat kan..apepun cara rawatan dgn produk ni sgt mudah iaitu dgn hy minum air putih shj dan gosok2kn di tpt sakit, selebihnya kita berserah pada Allah Taala, di samping blh tlg org, kita jg blh mnjana pendapatan..emm..baru ni income aku sgt lumayan, alhamdulillah bersyukur pd Allah di atas kurniaan rezeki yg melimpah..

Sabtu, 25 Julai 2009

kursus kepimpinan

lamanye tk update blog ni..
bz sesangat lately..
ni pun baru blk dr menghadiri
kursus asas kepimpinan puteri islam tahap 1
yg diadakan di Rumah Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia, Kuantan.
bermula 19 Julai hingga 22 Julai 2009.
byk ilmu berguna, pglmn dn kenangan manis mencuit hati
sewaktu berkursus di sini..
kami di ajar bagaimana utk mengendalikan
PPIM di sekolah
yg paling tdk dpt dilupakan ialah
sewaktu aktiviti kawad kaki asas..
kebanyakan dr kami memg zero tentg ilmu kawad kaki ni
mujur juga aku pernah
diberi pendedahan tentang ilmu kawad ini
semasa kursus KIBA di IKIP Kuantan
tahun1996 selama 3 bulan..
jadi aku rasa gerak langkah aku
tak la janggal sangat..he3 ye ke tu?
bayangkanla bagaimana situasi
guru2 perempuan berkawad
dgn kasut bertumit (hy segelintir)
tentunya sgt melucukan
dn apabila diberi peluang
menjadi komandan
yg memberi arahan salah
pada anak buahnya
dn pelbagai kngn mencuit hati
dpt dikumpul di sini

memg suatu yg mencabar apabila
dlm PPIM ni kami mesti mempraktikkan
kawad kaki asas ini
pd ahli2 PPIM di sekolah
sekurang2nya dgn adanya kursus
seperti ini dpt memberi ilmu
dn mengajar kami
bagaimana cara
untuk melaksanakan PPIM
di sekolah..
bagaimana ye jika guru pemimpin sendiri
tidak mempunyai
pengetahuan asas utk mengendalikan
unit beruniform seperti ini
jadi kami rasa sgt btuah kerana
terpilih mengikuti kursus ini

secara peribadi aku sgt kagum dgn
barisan jurulatih
yg bertungkus lumus
bg memastikan
kejayaan kursus ini

wpun aku sendiri sudah memegang jawatan
ktua guru pemimpin PPIM
selama 2 thn
dn sebelum itu menjd guru pemimpin biasa
selama 3 thn..
selama 5 thn berada dlm unit ini
tk byk yg dpt ku pelajari
jd kursus ini
benar2 memberi manfaat
dn input yg berguna
utk memastikan unit ini
terus cemerlang..

selain itu, tarikh akhir utk menghantar
buku penilaian Puteri Bongsu
tinggal seminggu shj lagi
bertungkus lumusla aku
utk menyiapkan kerja2 akhir
menilai dn mengemaskini buku log
murid yg terpilih
inila cabaran2 yg mesti dilalui
apabila bergelar ketua guru pemimpin:)
tk kisahla janji anak murid aku
dapat sijil puteri bongsu tahun ini
sptmana tahun lepas
fight it!!!:)






Khamis, 9 Julai 2009

'kau yg bnama seri'

petang tadi...
waktu nk ambil
haziq balik dari kelas kafa..
on je radio
dlm kete tu
memg siaran kgemaran
yg bkumandang..
thr.fm..
tiba2..dj p
utarkan lagu
lama dh tk dgr lagu nii
'kau yg bnama seri'
dulu aku memg suka sgt
dgr lagu ni
irama dn lagunye
mengusik jiwa..
arwah hubby
dulu
tau aku suka sgt lagu ni
dia pon belikn la
kaset lagu nih..
skang bila dgr balik
tk sedar je
manik2 jernih
mengalir ke pipi
inila salah 1 lagu
yg mjad
i kngan kami
dia suka sebab
aku sukakan lagu nih..
arwah memang
seorg yg sgt romantik...
kasih sygnyer tiada
tandingan
sgt bertanggungjawab dn prihatin..
pernah masa hari jadi aku
dia ajak haziq wat surprise
masa tu aku sgt2 sibuk dgn keje
sampai tgh mlm msh ngadap komputer
hampir tlupa detik 12 mlm hari tu
adalah hari ja
di aku
diam2 dia dn haziq nyanyikan
lgu hepi birthday
sambil menuju ke tgkt atas
tmpt aku mgadap kerja
dn tugasan yg bertimbun!!
sgt2 tsentuh waktu tu
aku mati2 ingatkn
dia dh lupa
hari jadi aku
rupanye saje je nk wat surprise..he3
masih ku ingati..
besday aku yg ptama
1 kl dia ro
und
semata2 nk cari
hadiah utk aku
akhirnye jumpe
ape yg dia cari
'wallet TOSCANO' itali,
kad ucapan yg tla
lu cantik
dan sejambak bunga ros hidup
itula hadiah ptama yg aku terima darinya
aku sgt2 mhargainyer..
ada lagiii..

kngn yg ditinggalkn
jam tgn bonia yg
dihadiahkannye
sempena harijdiku
yg k
e 26..
masih elok tersimpan
dlm kotak asalnye
aku takut hil
ang lagi
pnh sekali jam t
u hilg
aku dah hampi
r menangis
sebab terlalu sygkn jam tu
nasib baik dpt jumpa blk
so biarla ia terus tersimpan di situ..
atas almari solekku
tiap kali trpandang
akn sgera teringa
tkn detik2 itu
saat2 meraikn h
ari jadiku
abang...
t/kasih atas segala2nye...
kasih syg,
pngorba
nan
dn cintamu
yg tulus
akn ku sematkn d
hati
tkkn ku lupakn
hingga nafasku yg terakhir...





Isnin, 6 Julai 2009

hari mak dn abah 09
















emm..dah lama tak update blog nii..
seminggu dua ni sangat sibuk dengan urusan keje dan juga bisnes;)...
sekarang ni boleh la tunaikan janji
untuk upload gambar2 dan sedikit cerita
tentang program sambutan hari ibu dan bapa kami
d pantai sepat 2 minggu yang lepas..
awalnya perancangan untuk membuat BBQ
tidak kesampaian kerana masalah kekangan waktu..
yang lain2 tu semuanya dapat disempurnakan dengan meriah sekali,
cuma agak terkilan kerana
tidak semua siblings dapat berkumpul pada hari itu...
kak long tak dapat datang kerana tak dapat cuti...
kesian kak long..
takpela kami orang dah tolong sambut bagi pihak kak long dah..

apepun, kami akan menjadikan program ni
sbg aktiviti tahunan family kami,
insya Allah..
tahun lepas program tersebut
diadakan di port dickson,
seronok sangat2 dapat bercuti
sambil berkumpul dgn semua ahli keluarga..
tahun ni tak sempat
nk buat perancangan ke tempat lain..
rasanya terlalu cepat masa berlalu..
tak sempat buat ape2,
sedar2 dah pun berada dalam bulan julai..
terpaksala menanguhkan
segala perancangan
ke tahun akan datang...


mama...haziq


ni gambar mamanye...sewaktu berusia 4 bulan..
haziq...1 tahun


haziq...di awal kelahiran..

Rabu, 24 Jun 2009

marhaban shahr rejab

Rasanya terlalu cepat putaran waktu..
sedar2 dahpun berada dlm bulan Rejab..
kalau dulu selalu ternanti2kn bulan mulia ini..
skrg tk sedar je dh trlps shari bulan Rejab..
apepun t/ksih pd rakan di facebook
krn mengingatkan tentang kehadirn bulan yg mulia ini..
moga kita sama2
dpt menggandakn amalan
di bulan mulia yg byk kelebihan dn keberkatan

Selasa, 23 Jun 2009

yaum masyghul..

salam...
dh lama tk menulis d blog ni..
skang ni bz dgn facebook pulak...he3
lgpun tk ada citer menarik utk dkongsi...
emm dlm seminggu ni, khidupnku bjalan spt biasa,
keje,antar anak g fardhu ain, kul 5 kuar blk amik dia..
mcm tula rutin harianku..
ujung minggu pulak terikat dgn jadual tuisyen anak...
tkpela bkorban skit utk anakanda sorg tuuu...
cuma selalula trlps pluang blk umah mak abah d maran...
memg jarang la dpt blk lps2 ni,
tp kalu dh teringat sgt tuh..
tk kira apa pun, terus blk je ari jumaat tuuu...
sabtu naik blk...tk jauhpun...1 jam je dr ktn nih..

lg satu,
dh lama benar tk mengunjungi umah kakak ipar d tanah putih tu...
he3 lgpun dgrnya 'mak' n 'bapak' jrg jgk ada d ktn nih:-)
mesti byk duk kt kl ye tak..
maklum ler cucu ksygn yg cute mute n manja2 tu ada d sana:-)
emm...t ada masa haziq g umah 'mak' n 'bapak' yer...
harapnya lps ni adala masa yg sesuai utk ke sana....
nk bwk ank sedara kesayangan diorg nih:-)
alhamdulillah hub kami msh erat sptmana waktu dulu....
dn akn cuba ku kekalkn hub ini sampai bila2..insyaAllah...


emmm..weeknd ni adik beradik sumer dh bstuju nk wat sambutn hari ibu dan bapa..
mgkn akn buat di pantai sepat, kuantan ahad ni...
dpt bkumpul sumer memg seronok...
jrg2 dpt bkumpul ramai cmnih...
pastinya meriah,
dgn planning nk wat barbecue
n tmph masakn kegemaran ayahbonda tercinta...
nasi tomato...
emmm...memg best...
tmbh pulak kalau tmpah dgn kwn adik d sg isap tuh...
fuh...tk cr tpt lain dah:-)
harganya pun berpatutan sgt2...


dlm entry akn dtg,
insya Allah, akn di upload sgala gmbr2 kngn aktiviti kami sekeluarga....

salam skali lg...

Khamis, 18 Jun 2009

gelagat Naufal




dah lama nk masukkn citer
tentg anak buah yg sorg nih..
anakanda bongsu kesayangan
adinda mohd Al-Hafiiz nih..
namanya Muhammad Fawwaz Naufal.. gelagatnya sentiasa
membuatkn org yg melihat
tk kering gusi... ada2 je telatah yg mencuit hati... haa..gambr2 yg diupload ni.. diambil masa menanti ketibaan tokki dan wannya drpd mengerjakn umrah...
selama 2 jam d klia...
tentu trlalu lama bg si anak kecil ni
membuatkn dia menunjukkan
ragam dn aksinya
yg pelbagai...


Selasa, 16 Jun 2009

Quantum Pendant


PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT BOLEH MENGURANGKAN 30% DARIPADA TENAGA DALAM BADAN KITA.

Satu kajian telah dijalankan, apabila dua buah telefon bimbit diletakkan secara bertentangan dan dihidupkan, kemudian diambil sebiji telur ayam dan diletakkan di antara kedua-dua telefon bimbit tersebut, dalam masa satu jam kemudian didapati telur ayam tersebut telah masak sepenuhnya!

Bayangkan apa terjadi apabila anda menggunakan telefon bimbit setiap hari. Ia menyebabkan badan menjadi lemah, mudah mendapat tekanan dan senang dijangkiti penyakit serius.

Pembunuh utama rakyat Malaysia adalah penyakit barah, menurut pakar, virus barah bergerak dengan kadar perlahan-lahan, loket ini mempunyai kadar kelajuan yang tinggi, jadi ia dapat menghalang sel barah dari terus merebak.

Setiap penyakit ada penawarnya, kita hanya berusaha dan berikhtiar untuk mencari penawar untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Orang Islam percaya akan kejadian tanah, air, angin, api. Oleh itu, loket ini menjadi pelengkap kepada kesihatan
seseorang di mana tanah:lahar gunung berapi, air: air kristal, angin: udara oksigen, dan api: tenaga skalar.

Sekiranya anda sakit, anda mengambil ubat daripada doktor, ubat adalah perantaraan anda dengan Allah SWT, segala kesakitan dan kesihatan adalah datang daripada Allah yang Esa.

Sumber:Quantum Fusion Excel

Testimoni baru: Seorg sepupuku baru-baru ini terkena penyakit angin pasang. Dia telah mendapatkan rawatan di klinik dan doktor telah mencadangkn agar dia melakukan pembedahan. Kebetulan ibunya baru sahaja membeli brgn Quantum ini, dia cuba melakukan rawatan dgn menggunakan brgn Quantum dalam beberapa hari sahaja didapati penyakitnya telah sembuh dn dia sudah boleh bermain bola sepak seperti biasa. Katanya tk perlu buat pembedahan lagi sebab sakitnya dah hilang. Inilah keajaiban ciptaan yg Maha Esa. Setiap kejadian ada mengandungi hikmah dan rahsia yg tersembunyi. Manusia yg bijak akn menggunakan akalnya utk mencari dn mgkaji serta memanfaatkan pemberianNya dgn sebaik2nya...

Isnin, 15 Jun 2009

hepi besday to kakak n kakde!!



haa...tadaaaa..
11 dn 12 jun ni ialah besday kakak ( Nurul Fatin Afifah )
dan
kakde ( Nurul Ain Najwa )
puteri kesygn adindaku Mohd Al Hafiiz...

emm special utk kakak dn kakde,
haziq n mokde nk wish hepy besdayz 2 bth of u..!!!

utk kakak...
belajar rajin2 yer,
dn kakde...
tk nk ngajuk2 lg tau...
kakde kn dh beshar...4 thn da....



Ahad, 14 Jun 2009

puding tauhu..


.
hari ni terasa nk mkn puding ler...
bhn2 dh beli smlm lg dh...
nk tgu masa buat jer lg...
so smentara free ni blh le buat puding fav aku dn haziq niii..
emmm...yummmyy!!!



Jumaat, 12 Jun 2009

memori cuti sekolah

last week, me, haziq n 'makcik' went 2 kl..
mmm...went 4 the business actually...
what kind of businesssss...mmm what else.. quantum FE ler...
n wnt 2 see my 'old frend'...he33 guess who...
we re not see each othr bout 2 years...aftr (?) wed la...
heemmm...(?) said wnna 2 entertain my little kid n my luvly son...haziq lerrr who else....
(?) spent our special dinner...cewah...emm...best aper...
mkn2 kt kedai tomyam tuuu...alhamdulillah...
(?) fetch us at federal hway arah kelang...apppear with (?) bmw's cr...wow...
my fav cr actually;-)
then (?) sent us 2 kelang...
mujurnyerr...kalu tk dah sesat barat dah...
maneerrr tau jlnnnn...
g pon just folw t sgnbord...
but still proud wth myself la...
coz beraniii laa kiranya tu kannn...
men redah jerr...
sampai gk kl eventhgh masa smpai selayang tu, minyak kete abis!!!
jalan jam lak tu...bsabo je..
dlm ati tk berenti bdoa moga cpt jupe stesen myk..
alhamdulillah...kt dpn skit je ada stesn myk..slesai 1 problm..
pas tuu..
wat berani gak lg
nk g jenjaln bandaraya kl kononnya..
tkpe sgnboard kn ada..
tp yg hairannya..
tk sampai2 ke pusat bandaraya...
waktu tu jam dah dkt kul 8.00 mlm!
sedar2 terberenti dkt dpn kolej MAHSA..
aku pon tk tau kt jln mana entah aku tersesat..
called member, member pon tk tau kt mana tmpat aku berenti tuu..
last2 aku teruskn je la prjalanan aku..
terus cari jalan ke kelang,jln ke umh adik aku..
ingat nk terus aje,
tp tjupe sgnboard tpt member ni duduk td,
then terus call dia n dia pon suh tgu kt stesen petronas fed hway arah kelang tuu..
sempatla bersolat kt surau situ..
aftr half an hour, dia pon sampai...
bwk kami g mkn kt area shah alam..
thankz a lot my dear;-)
pas makan dia escot kami ni sampai umah adik di kelang...
mujur dia ada, kalu tk, mgkn trsesat lagi...
thankz sekali lagi..
ari esoknye g bwk haziq mandi kolam kat presint 9 Putrajaya...
emm ok la tempat tuu...
dibuka tiap 2 jam skali...
kami pergi waktu jam 8.00 mlm-10.00 mlm..
free lagii..
sgt selesa n sesuai bwk bdk2 mandi kt situ..
kt dpn kolam jg ada disediakan tmn permainan kanak2,
kiranya 2 in one la,
boley mandi manda n main kt situ..
bdk2 pasti seronok berada di tpt ni..
tk jauh dr situ..
ada kwsn gerai mkn,
tmptnya cantik dn bersih n harganya pon berpatutan..
t upload gmbar kwsn swmmg pool tuu..

pemandangan dari depan

ruang menunggu yg selesa

kolam yg agak besar

taman permainan yg terletak di bhgn dpn kolam

lps mandi haziq brmain pula di sini

memori 3 Mei 2009




Khamis, 11 Jun 2009

'DIA'

salamm...mlm nih aku nk cite tentg 'DIA'...
emmm...skang ni pon tgh dgr suria fm dlm ranc klik suria cinta,tgh siar lagu 'DIA' oleh harley...btl ke spelling nii??

'DIA' yg aku kenali masa mula2 'pkenalan' kami...
'DIA' yg aku mula tjatuh ati bila tgk muka sweetnya(masa tu memg cute sgt)...
yg buat jantung ati aku ni berdebar2 bila btemu..(selalula brtemu coz duk dkt jer...he3)
kalau nk cite pasal 'DIA' ni memg tk ckup 1 entry ni je...memg byk sgt kngn yg dilalui dgn 'DIA' niiii..

'DIA' yg mgajarku erti cinta,kasih, rindu, sayang, setia, jujur dn sgala yg sweet utk dikenang..
'DIA' juga yg pnh mbuatku mengalirkn air mata kesetiaan selama 4 thn!
tp...yg nii 'DIA' tk pnh tahu..'DIA' memg tk pnh tahu bhw aku pnh mderita krn 'DIA'...
krn aku tk pnh myatakn pd 'DIA' apa2...mgkn bg 'DIA' aku ok meneruskn hidup tanpanya..
(tp akhirnya aku tahu 'DIA' jg pnh kecewa spt aku..)kita sama2 kecewa hy krn slh fhm
hy shbt baikku yg mgetahui btapa deritanya aku...sgt hebt sahabtku itu krn benar2 dpt menyelami hati dn perasaanku ketika itu..terima kasih sahabatku...itulh kelebihan yg kau ada yg tiada pd org lain...

'DIA'...kisah antara aku dgn 'DIA' trlalu pnjg...on-off, on-off yg enth berapa kali...tlalu byk dugaan dn ujian yg dlalui..utk myatukn smula hati kami...tp ...sgalanya hy spt mimpi...sdr2 dah 16 thn kami tingglkn zmn manis itu!!tp ajaibnya, kami msh blh bhub sbg teman dn sahabat..mgkn kami lbh serasi dgn title bgini..wpun namanya tk pnh luput dr hati ini...tk pnh lekang dr ingatan...

'DIA' yg sentiasa ada di saat aku memerlukn...di saat aku dikecewakn, 'DIA' dtg memberiku semangat dn harapan...

namun adakala 'DIA' agak sukar difahami, yg tersurat dn tersirat di hati 'DIA'..
.biarlah..aku hy pasrah...aku ingin memberitahu 'DIA' bahawa aku sentiasa ada untuk 'DIA'...
sptmana 'DIA sentiasa ada untuk aku...

aku ingin mjd pndgr 'DIA' yg setia...aku ingin mjdi teman 'DIA' yg setia..
di saat suka dn duka 'DIA' ingin aku kongsikn brsama...

'DIA'...hati aku btl2 tersentuh skrg ni...dj sdg putarkn lagu 'FLORA CINTA'..mshkah 'DIA' ingat, lagu ini 'DIA' tujukn padaku suatu ketika dulu...

stlh ku hayati liriknya pada waktu itu barulah kufahami knp 'DIA' minta aku dgr lagu ini..'andai ada jodoh kita, tak akan ke mana2, pastikan sempurna harapan bersama..'mgkn itu yg ingin 'DIA' sampaikan pada ku waktu itu..sgt indah kenangan itu...

'DIA' terima kasih atas segala2nya...
terima kasih segalanya-lestari(semuanya lagu kngn kita dimainkn mlm ni)
mshkah 'DIA' ingat 'DIA' pnh mghadiahkn aku ka
set lagu niii???koleksi lagunya msh ada trsimpn dlm album kngnku...tulisan 'DIA' jg msh ada di situ...

'DIA'...izinkn aku abadikn sgalanya d sini...






Selasa, 9 Jun 2009

Tercipta Untukku

menatap indahnya senyuman diwajahmu
membuat ku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku

banyak kata
yang tak mampu kuungkapkan
kepada dirimu

Chorus:
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
sepanjang hidupku

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu
sepanjang hidupku

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu

p/s:lagu ni sering berkumandang masa aku berulang alik menjaga arwah suami di hospital,sgt menyentuh perasaanku waktu itu dan sgt2 bermakna tiap bait lirik dan senikata yang begitu indah,mnjd lagu kngn yg tdk akn dilupakan...




Isnin, 8 Jun 2009

fav haziq

paprik ayam

malam nii...
nak masak ape eh..
puasla mama duk mikir nak masak apa la malam ni..
ada ayam je dalam peti tuu..haziq pon bg le cadangannya..
mama masak paprik lah..
dah lama tak makan paprik yang mama buat...
emmm...ok gak tuu..mama pun suka tu..
tu le fav si haziq ni..
kalau masak paprik memang bertambah2 la dia makan..
mama pon sama he3...



tengokla tuu...berselera dia makannn...