Rabu, 13 Mei 2009

kau sahabat kau teman

telah tiba saat waktu
kau tinggalkan kami
kerana takdir yg Maha Esa
telah menetapkan
sedih rasanya hati ini
bila mengenangkan
kau sahabatku
kau teman sejati
tulus ikhlasmu
luhur budimu
bagai tiada pengganti
senyum tawamu
juga katamu
meghiburkan kami
memori indah kita bersama
terus bersemadi
kau sahabatku kau teman sejati
sudah ditakdirkan kau pergi dulu
di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
ku pasrah di atas kehendak yang Esa
Ya Allah tempatkannya
di tempat yg mulia
tempat yang Dikau
janjikan nikmat untuk hambamu
sahabatku
akanku teruskan perjuangan ini
walau ku tahu kau tiada di sisi
perjuangan kita masih jauh beribu batu
selagi roh masih di jasad
hidup diteruskan
sedih rasa hati ini
mengenangkan dikau
bagai semalam kau bersama kami
moga amanlah dan bahagialah
dikau di sana
setangkai doa juga fatihah
terus kukirimkan
moga bersama kau bersama
para solihin
kau sahabatku kau teman sejati...
p/s: lirik lagu oleh kump.Hijjaz.bait2 liriknya sgt bererti buat diriku..
buat sahabatku Azfa(arwah-Mac 2005)moga kau aman di sana..amiin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan