Ahad, 14 Mac 2010

Demam Haziq..

beberapa hari yang lepas, haziq mengalami demam biasa..seingat aku inila kali pertama dia demam sejak 10 bulan berlalu..sejak aku bg dia pakai pendant, alhamdulillah,tahap kesihatan dia semakin baik..jika dulu, 3 bulan sekali pasti kena demam..haziq ni dulu masa dia berusia 2 tahun, pernah kena sakit paru2 berair..sampai kena tahan wad jugak la waktu tu..sejak hari tu, dia sgt kalah dengan minuman sejuk dan berais..terpaksa pantangkan dia dan pantau pemakanan dia..macam tu jugak kalau mandi lewat sikit dari biasa, kena pastikan dia mandi sebelum kul 7 mlm, kalau tersilap sikit mesti kena balik selsema, batuk n demam sekaligus..

sebenarnya perubahan dia ni, aku baru je perasan sejak kebelakangan ini la..sekarang dah lain sangat..minum air batu waktu malam pun dah tak jadi hal..siap kunyah2 ais mcm tu jer..mandi malam pun dah tk jadi hal..bawak mandi n berendam dalam kolam lama2 pun dah tak jadi masalah pada dia..memg sgt2 positif perubahan dia..

kalau sebelum ni, aku terpaksa mencari alternatif lain utk mengubati penyakit demam selesema dia..sebab sakit lama dia buat aku jadi bimbang kalau dia terkena selsema..nasihat dari kawan agar aku cuba guna air sarang burung yg boleh didapati di kedai2 ubat cina, sgt membantu bila haziq terkena batuk n selsema..dia lebih cepat lega berbanding bila guna ubat batuk selsema biasa..tapi dia tetap kalah dgn makanan sejuk dan minuman berais..so aku sentiasa standby beberapa botol sarang burung utk dia..

tp sejak aku bg dia pakai pendant 10 bulan yang lepas..alhamdulillah sgt2..aku dapati haziq dah tak elergic lg..semua dia dah boleh makan dan buat sama mcm kanak2 lain..sampai sekarang ada sebotol lagi baki sarang burung yang tk pernah lagi aku gunakan tersimpan dlm almari..

bila haziq kena demam baru2 ni..menggelabah jugak la aku..dia demam biasa tapi suhu badan dia yg sgt panas sgt2 membimbangkan aku..bwk ke klinik doktor bg ubat demam biasa..
mlm tu, bila aku rasa badan dia yang sedang hangat tu, aku ckp kt dia..haziq..cepatla baik..mama ni, kalau la ada ayah dah tentu mama dah panik bagitau kat ayah tentang keadaan haziq..tp sekarang, nak tak nak mama kenala kuatkan hati,hadapi keadaan mencemaskan ni sorg2..cepatlah sembuh haziq ye..dia diam mendengar..mgkn keadaan dia buat dia tak larat utk bersuara..

mlm esoknya, keadaan haziq masih sama, wpun da bg mkn ubat masih jugak tak kurang panas badan dia..sambil aku jaram kepala dia dengan air asam jawa (aku guna semua cara termasuk yg tradisional demi utk kesembuhan haziq) dia ckp dgn aku..mama..nanti kalau mama demam, haziq nak buat sama macam mama jugak lah..aku ty dia..nak buat ape??ape yg mama buat pd haziq??nak jaga mama mcm mama jaga haziq ni, bg mama makan ubat, jaram kepala mama..haziq nak buat sama jugak..sungguh terharu hati aku mendengar dia berkata begitu..aku tersenyum memandang haziq..terkaku aku mendengar janji seorg anak satu2nya permata hatiku..kata2nya melegakan aku..wpun hanya la janji daripada seorg anak kecil, itu sudah buat hatiku jadi terharu...

alhamdulillah..haziq demam dalam sehari semalam je..esok pgnya dia dah boleh ke sekolah seperti biasa..aku bg dia pakai 2 biji pendant hari tu..
sentiasa spray badan dia guna air dalam flask dan letak flask dekat bawah lengan dia..fungsi flask n pendant boleh kurangkan panas badan juga..bergantung pada badan seseorang..ada anak saudara kena demam aritu..just bagi dia tidur peluk flask je..esok paginya dah sembuh dari demam..segalanya tetap bergantung pada keizinan daripada Allah SWT..kita hanya berusaha dan berikhtiar..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan