Khamis, 18 Mac 2010

Pertemuan

Pertemuan yg dirancang menjadi kenyataan dengan izinNya..aku sgt2 bersyukur dan gembira krn dpt bertemu semula dgn beberapa org sahabat ketika kami sama2 di sekolah menengah (ringkasnya SMAM). Maklumla hampir 15 tahun tidak bertemu dan bersua muka..habis sekolah masing2 membawa diri mengikut arus ketetapan masing2..lepas habis SPM tu, ada yg berkahwin, ada yg menyambung pelajaran..begitula resminya bila dah habis sekolah..dulu sistem perhubungan tidak secanggih sekarang..dulu hanya mengharapkan telefon rumah semata2..

Pertemuan yg tidak sebegitu sempurna dirancang akhirnya menjadi satu2nya kngn paling manis untuk tahun ini..masing2 datang bersama-sama keluarga tersayang..pertemuan diatur di suatu tempat yg kami kira mudah utk berjumpa dan sesuai dan selesa utk anak2 berlepas bebas...so Teluk Cempedak menjadi destinasi pilihan kami semua untuk bertemu..alhamdulillah memandangkan hari itu hari bekerja,maka di KFC tempat pertemuan tidaklah sesibuk mana, org pun tidak ramai melancarkan program pertemuan jejak kasih kami hari itu..

Selesai makan, sempat kami bergambar utk kenang2an..entah bila la pula dpt bertemu muka..ramai di antara kami menetap dan bekerja di area KL dan Selangor..bila dah jauh2 mcm ni ditambah lg dgn kesibukan bekerja, tiada siapa yg dpt menduga bilakah pertemuan susulan akn berlaku..apa yg msh diharapkan biarlah ukhuwwah yg terjalin di atas nama sebuah persahabatan ini berkekalan sampai bila2..

Aktiviti hari itu berlarutan sehingga malam..wpun ada sebahagian sahabat sudahpun pulang, seorg sahabat yg masih lg bercuti panjang iaitu MIMI mahu menikmati sajian ikan bakar di tanjung lumpur,Kuantan.  Jika turun ke Kuantan sgtla rugi sekiranya tidak mencuba ikan bakar yg boleh didapati d kebanyakan kedai2 makan yg terdapat di tanjung lumpur ini..antara yg terkenal ialah kedai ikan bakar ANA di Kg Tanjung Lumpur.  Tapi aku dan NOR lebih menyukai ikan bakar dari kedai BAMBU..sambal bakar petainya lebih enak menjadi pilihan kami dan MIMI hanya mengikut apa yg kami cadangkan..

UDA yg pada mulanya merancang utk pulang ke KL pd hari itu, terpaksa membatalkan niatnya itu memandangkan aku mencadangkan agar dia tumpang aku yg kebetulan ada urusan di KL pada keesokannya..alang2 aku da nak KL kan..so aktiviti mlm itu, asyik dipenuhi dgn gelak ketawa dgn kesinambungan cerita terutama daripada sahabat kami UDA sendiri yg mempunyai terlalu byk pengalaman di tpt org..hampir 1 Malaysia ni dia dah round dgn family dia..hubby dia suka travel n driving so tiap minggu diperuntukkan utk membawa familynya keluar makan angin..sungguh seronok melihat keluarga sahabtku ini..begitu juga dgn family dua sahabatku yg lain..sakit2 mulutku kerana asyik tersenyum dan ketawa mlm tu..hehe byk benar cerita kelakar yg keluar.seronok mendengar cerita dan pengalaman masing2..jam 11 lebih baru berganjak utk pulang..moga masih ada ruang utk kita bertemu dan berkumpul seperti hari ini..itu doa dan harapan ku pd pertemuan kali ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan