Khamis, 15 Oktober 2009

Syawal yg bermakna..



salam semua..
sudah lama tidak mengunjungi blog sendiri:)..
skrg ni rasa dah semakin sibuk dgn pelbagai urusan..
tp tetap puas ati sebab pulangannya sgt berbaloi..
alhamdulillah..
malam ni nak kongsikan cerita tentang syawal 2009 yg sgt bermakna,
walaupun dah tinggal berdua
namun dgn adanya kedua ayahbonda
dan adik beradik sendiri
serta keluarga sebelah arwah,
perasaan sedih tu dapatlah dikurangkn..

walaupun pada akhir ramadhan yg lalu,
hampir hilang semangat nak sambut raya..
tk taulah knp tiba2 perasaan yg tidak baik itu timbul..
org sibuk buat persediaan itu ini,
aku boleh relax jer..
tp..yg hairannya mood tak baik tu
bertukar serta merta
bila balik dari shopping tudung raya..
betul la shopping ni boleh menghilangkan stress..
serta merta hilang
segala perasaan tk menentu
yang mengganggu hati dan fikiran..
hehe kejap je la takde moodnya..

tiba syawal yang dinanti..
raya yang kurasakan tiada erti
bertukar kepada
kegembiraan, keceriaan dan kepuasan
yang sukar nak digambarkan dgn kata2..
pada pagi hari raya pertama lagi,
ada seseorg
telah memberiku kegembiraan itu..
terasa tidak bersendirian pada pagi itu
wpun hanya dgn kiriman sms..:)
terasa masih ada org yg sudi
mengambil berat
dan berkongsi kegembiraan bersama..

raya pertama tahun ni,
aku bersama keluarga tukar plan..
kebiasaannya
kami akan bergerak pulang ke kampung
selepas solat hari raya..
tapi tahun ni..
kami pergi menziarah
keluarga terdekat sebelah abah pula..
erm...terasa kelainannya..
sesekali tukar program,
seronok jugak
dapat berkumpul bersama
pada pagi raya..
raya semakin bererti
bila dapat bertemu
dgn hampir semua
saudara mara
samada jauh atau dekat..
itulah kepuasan yg kumaksudkan..
kami beraya sakan
sampai ke rumah
dah hampir tengah malam!
tak pernah lagi berlaku macam ni..
tp kiranya
betul2 dapat mengeratkan lagi
silaturrahim antara kami,
setelah sekian waktu
tidak bertemu dan berkumpul sekali..
tp alhamdulillah
syawal tahun ini
telah mempertemukan kami..

raya ke2
baru dapat pulang ke kampung..
bertemu mertua
dan adik beradik arwah..
bermalam semalaman di sana..
rupanya mak mertua aku
dah risau dan sebut2 aku tak balik kg..
hehe..tahun ni,
menantu dia buat nakal sikit..
lambat balik kg..
tp bukan bermakna tak ingat,
cumanya ingin membuat
suatu kelainan dari yang biasa..
kalu balik ke kg..
sudah tentu tak dapat bertemu
dgn semua saudara mara yang lain...
erm..ok jugak program raya tahun nih..

yg paling menggembirakan aku
adalah apabila dapat bertemu
dgn hampir semua kwn2 rapat
masa sekolah dulu..
rindunya dgn kawan2 tak terkata..
alhamdulillah
kami dapat bersua muka pada raya yg ke4..
semuanya tanpa dirancang dan diduga..
asalnya aku hanya pergi menziarah
seorg teman..
tak sangka daripada situ,
ada ruang untuk kami semua
bertemu di rumah masing2..
perkara yg sgt2 membahagiakan aku
dapat beraya bersama dgn kwn2
yg sudah sekian lama tidak bertemu..
terasa kesedihan aku pada awalnya
diganti dgn semua ini..
alhamdulillah...

satu lg perkara
yg sgt menggembirakan aku
dan akan menjadi kngn
yg tak akn dilupakan sampai bila2..
dpt bertemu dgn
cikgu kesayangan masa sekolah rendah dulu..
iaitu Cikgu Rahmat
dan isteri Ustzh Habsah..
sungguh tak sangka,
syawal ini
akan mempertemukan kami sekali lg...
kali terakhir
pertemuan kami
adalah pada masa
kenduri jemput menantu aku di kg..
8 tahun yg lalu...
itupun hanya kebetulan..
masih ku ingati,
cikgu rahmat datang jumpa aku
dan menegurku
waktu itu rasa nak menjerit
tapi mujur sempat kawal emosi
waktu tu masih berpakaian pengantin
dan duduk di meja makan..
hehe..
tak sangka cikgu pun masih mengingatiku..
so raya ni sgt bertuah
krn dpt berjumpa dgn cikgu skali lg..
cikgu masih mcm dulu..
maintain je..
anak murid dia nih
yang dah byk berubah..:)...
terima kasih cikgu..
jasamu akan tetap ku kenang
selagi ada hayat ini..








Tiada ulasan:

Catat Ulasan