Rabu, 21 Oktober 2009

sabarla anakku..

malam ni, kerana ketiadaan air, kami makan kat luar lg..
ada rakan bgtau satu tempat yg agak sedap dan murah..
so planning malam nih nk g cuba try test lah..
erm..alhamdulillah..bolehla bagi 3 bintang..
ada rasa dan blh makan la kata org..
sambil2 mkn bersembang dgn haziq..
dia duk minta belikan pensil picitnya yg baru..
katanya kwn pinjam tk pulangkan...
aku mcm biasa la..
duk berleter itu ini..
sedap berleter duk teringat pen yg aku baru beli pun
hilang entah ke mana..
dah byk kali beli..
asyik hilang je..
letak dlm handbag pun blh hilang..
mula duk tersenyum sendiri..
marahkan anak..
tk sedar diri sendiri pun sama..
barula reda sikit rasa nak marah dan berleter tuh..hehe
terus bagitau dia..
nanti2la kita g beli kat kedai mana2..
dia ajak g giant mlm ni juga..
so slow talk la dgn dia..
boleh tak haziq sabar sikit je lagi..
insyaAllah nanti ada masa kita pergi beli..
kat maidin ke..atau mana2 kedai yg kita
akan singgah nanti..
haziq pun tersengih mdgr jwapan lembut aku..
dia pun da mula faham..
tadi waktu aku berkeras dia pun nak berkeras
jugak..mintak dan terus mintak..
bila da ckp baik2 mcm nih barula dia ok sikit..
erm..tetiba..da abis makan tuh..
terkeluar dari mulut dia soalan
yg buat aku mula terkedu..
'mama' agaknya ada tak org lain
yg kehidupan dia sama
mcm haziq ni???
tak ada ayah, tak ada adik..
sorang2 je..
adus..knpla soalan itu yg ditanyakan pada aku..
syahdu benar rasanya..
mujurla aku ni dalam kategori org
yg kuat semangat la jugak..
agaknya kalu org yg
lemah semangat dah terus
mengalir air matanya..
aku mencari kekuatan dan ruang utk
menjawab soalan anakku itu..
ku jelaskan padanya satu persatu..
haziq..bersyukurlah haziq masih punya mama..
ada org lain yg langsung tak ada ibu dan ayah..
kisah Nabi Muhammad yg mnjadi yatim piatu
sejak kecil lg..
dia mendengar ceritaku dgn teliti dan khusyuk sekali..
diselangselikan dgn soalan bila dia
tidak memahami sesuatu..
sabarlah haziq..
ini ujian utk kita..
apalah yg dirasakan
anakku ketika ini agaknya..
kalaulah aku dapat menghilangkan
segala perasaannya itu..
namun mungkin dia terasa kekurangan
dan kehilangan sesuatu..
moga anakku tetap tabah menghadapi
suratan ini..

Khamis, 15 Oktober 2009

Syawal yg bermakna..



salam semua..
sudah lama tidak mengunjungi blog sendiri:)..
skrg ni rasa dah semakin sibuk dgn pelbagai urusan..
tp tetap puas ati sebab pulangannya sgt berbaloi..
alhamdulillah..
malam ni nak kongsikan cerita tentang syawal 2009 yg sgt bermakna,
walaupun dah tinggal berdua
namun dgn adanya kedua ayahbonda
dan adik beradik sendiri
serta keluarga sebelah arwah,
perasaan sedih tu dapatlah dikurangkn..

walaupun pada akhir ramadhan yg lalu,
hampir hilang semangat nak sambut raya..
tk taulah knp tiba2 perasaan yg tidak baik itu timbul..
org sibuk buat persediaan itu ini,
aku boleh relax jer..
tp..yg hairannya mood tak baik tu
bertukar serta merta
bila balik dari shopping tudung raya..
betul la shopping ni boleh menghilangkan stress..
serta merta hilang
segala perasaan tk menentu
yang mengganggu hati dan fikiran..
hehe kejap je la takde moodnya..

tiba syawal yang dinanti..
raya yang kurasakan tiada erti
bertukar kepada
kegembiraan, keceriaan dan kepuasan
yang sukar nak digambarkan dgn kata2..
pada pagi hari raya pertama lagi,
ada seseorg
telah memberiku kegembiraan itu..
terasa tidak bersendirian pada pagi itu
wpun hanya dgn kiriman sms..:)
terasa masih ada org yg sudi
mengambil berat
dan berkongsi kegembiraan bersama..

raya pertama tahun ni,
aku bersama keluarga tukar plan..
kebiasaannya
kami akan bergerak pulang ke kampung
selepas solat hari raya..
tapi tahun ni..
kami pergi menziarah
keluarga terdekat sebelah abah pula..
erm...terasa kelainannya..
sesekali tukar program,
seronok jugak
dapat berkumpul bersama
pada pagi raya..
raya semakin bererti
bila dapat bertemu
dgn hampir semua
saudara mara
samada jauh atau dekat..
itulah kepuasan yg kumaksudkan..
kami beraya sakan
sampai ke rumah
dah hampir tengah malam!
tak pernah lagi berlaku macam ni..
tp kiranya
betul2 dapat mengeratkan lagi
silaturrahim antara kami,
setelah sekian waktu
tidak bertemu dan berkumpul sekali..
tp alhamdulillah
syawal tahun ini
telah mempertemukan kami..

raya ke2
baru dapat pulang ke kampung..
bertemu mertua
dan adik beradik arwah..
bermalam semalaman di sana..
rupanya mak mertua aku
dah risau dan sebut2 aku tak balik kg..
hehe..tahun ni,
menantu dia buat nakal sikit..
lambat balik kg..
tp bukan bermakna tak ingat,
cumanya ingin membuat
suatu kelainan dari yang biasa..
kalu balik ke kg..
sudah tentu tak dapat bertemu
dgn semua saudara mara yang lain...
erm..ok jugak program raya tahun nih..

yg paling menggembirakan aku
adalah apabila dapat bertemu
dgn hampir semua kwn2 rapat
masa sekolah dulu..
rindunya dgn kawan2 tak terkata..
alhamdulillah
kami dapat bersua muka pada raya yg ke4..
semuanya tanpa dirancang dan diduga..
asalnya aku hanya pergi menziarah
seorg teman..
tak sangka daripada situ,
ada ruang untuk kami semua
bertemu di rumah masing2..
perkara yg sgt2 membahagiakan aku
dapat beraya bersama dgn kwn2
yg sudah sekian lama tidak bertemu..
terasa kesedihan aku pada awalnya
diganti dgn semua ini..
alhamdulillah...

satu lg perkara
yg sgt menggembirakan aku
dan akan menjadi kngn
yg tak akn dilupakan sampai bila2..
dpt bertemu dgn
cikgu kesayangan masa sekolah rendah dulu..
iaitu Cikgu Rahmat
dan isteri Ustzh Habsah..
sungguh tak sangka,
syawal ini
akan mempertemukan kami sekali lg...
kali terakhir
pertemuan kami
adalah pada masa
kenduri jemput menantu aku di kg..
8 tahun yg lalu...
itupun hanya kebetulan..
masih ku ingati,
cikgu rahmat datang jumpa aku
dan menegurku
waktu itu rasa nak menjerit
tapi mujur sempat kawal emosi
waktu tu masih berpakaian pengantin
dan duduk di meja makan..
hehe..
tak sangka cikgu pun masih mengingatiku..
so raya ni sgt bertuah
krn dpt berjumpa dgn cikgu skali lg..
cikgu masih mcm dulu..
maintain je..
anak murid dia nih
yang dah byk berubah..:)...
terima kasih cikgu..
jasamu akan tetap ku kenang
selagi ada hayat ini..