Rabu, 21 Oktober 2009

sabarla anakku..

malam ni, kerana ketiadaan air, kami makan kat luar lg..
ada rakan bgtau satu tempat yg agak sedap dan murah..
so planning malam nih nk g cuba try test lah..
erm..alhamdulillah..bolehla bagi 3 bintang..
ada rasa dan blh makan la kata org..
sambil2 mkn bersembang dgn haziq..
dia duk minta belikan pensil picitnya yg baru..
katanya kwn pinjam tk pulangkan...
aku mcm biasa la..
duk berleter itu ini..
sedap berleter duk teringat pen yg aku baru beli pun
hilang entah ke mana..
dah byk kali beli..
asyik hilang je..
letak dlm handbag pun blh hilang..
mula duk tersenyum sendiri..
marahkan anak..
tk sedar diri sendiri pun sama..
barula reda sikit rasa nak marah dan berleter tuh..hehe
terus bagitau dia..
nanti2la kita g beli kat kedai mana2..
dia ajak g giant mlm ni juga..
so slow talk la dgn dia..
boleh tak haziq sabar sikit je lagi..
insyaAllah nanti ada masa kita pergi beli..
kat maidin ke..atau mana2 kedai yg kita
akan singgah nanti..
haziq pun tersengih mdgr jwapan lembut aku..
dia pun da mula faham..
tadi waktu aku berkeras dia pun nak berkeras
jugak..mintak dan terus mintak..
bila da ckp baik2 mcm nih barula dia ok sikit..
erm..tetiba..da abis makan tuh..
terkeluar dari mulut dia soalan
yg buat aku mula terkedu..
'mama' agaknya ada tak org lain
yg kehidupan dia sama
mcm haziq ni???
tak ada ayah, tak ada adik..
sorang2 je..
adus..knpla soalan itu yg ditanyakan pada aku..
syahdu benar rasanya..
mujurla aku ni dalam kategori org
yg kuat semangat la jugak..
agaknya kalu org yg
lemah semangat dah terus
mengalir air matanya..
aku mencari kekuatan dan ruang utk
menjawab soalan anakku itu..
ku jelaskan padanya satu persatu..
haziq..bersyukurlah haziq masih punya mama..
ada org lain yg langsung tak ada ibu dan ayah..
kisah Nabi Muhammad yg mnjadi yatim piatu
sejak kecil lg..
dia mendengar ceritaku dgn teliti dan khusyuk sekali..
diselangselikan dgn soalan bila dia
tidak memahami sesuatu..
sabarlah haziq..
ini ujian utk kita..
apalah yg dirasakan
anakku ketika ini agaknya..
kalaulah aku dapat menghilangkan
segala perasaannya itu..
namun mungkin dia terasa kekurangan
dan kehilangan sesuatu..
moga anakku tetap tabah menghadapi
suratan ini..

Khamis, 15 Oktober 2009

Syawal yg bermakna..



salam semua..
sudah lama tidak mengunjungi blog sendiri:)..
skrg ni rasa dah semakin sibuk dgn pelbagai urusan..
tp tetap puas ati sebab pulangannya sgt berbaloi..
alhamdulillah..
malam ni nak kongsikan cerita tentang syawal 2009 yg sgt bermakna,
walaupun dah tinggal berdua
namun dgn adanya kedua ayahbonda
dan adik beradik sendiri
serta keluarga sebelah arwah,
perasaan sedih tu dapatlah dikurangkn..

walaupun pada akhir ramadhan yg lalu,
hampir hilang semangat nak sambut raya..
tk taulah knp tiba2 perasaan yg tidak baik itu timbul..
org sibuk buat persediaan itu ini,
aku boleh relax jer..
tp..yg hairannya mood tak baik tu
bertukar serta merta
bila balik dari shopping tudung raya..
betul la shopping ni boleh menghilangkan stress..
serta merta hilang
segala perasaan tk menentu
yang mengganggu hati dan fikiran..
hehe kejap je la takde moodnya..

tiba syawal yang dinanti..
raya yang kurasakan tiada erti
bertukar kepada
kegembiraan, keceriaan dan kepuasan
yang sukar nak digambarkan dgn kata2..
pada pagi hari raya pertama lagi,
ada seseorg
telah memberiku kegembiraan itu..
terasa tidak bersendirian pada pagi itu
wpun hanya dgn kiriman sms..:)
terasa masih ada org yg sudi
mengambil berat
dan berkongsi kegembiraan bersama..

raya pertama tahun ni,
aku bersama keluarga tukar plan..
kebiasaannya
kami akan bergerak pulang ke kampung
selepas solat hari raya..
tapi tahun ni..
kami pergi menziarah
keluarga terdekat sebelah abah pula..
erm...terasa kelainannya..
sesekali tukar program,
seronok jugak
dapat berkumpul bersama
pada pagi raya..
raya semakin bererti
bila dapat bertemu
dgn hampir semua
saudara mara
samada jauh atau dekat..
itulah kepuasan yg kumaksudkan..
kami beraya sakan
sampai ke rumah
dah hampir tengah malam!
tak pernah lagi berlaku macam ni..
tp kiranya
betul2 dapat mengeratkan lagi
silaturrahim antara kami,
setelah sekian waktu
tidak bertemu dan berkumpul sekali..
tp alhamdulillah
syawal tahun ini
telah mempertemukan kami..

raya ke2
baru dapat pulang ke kampung..
bertemu mertua
dan adik beradik arwah..
bermalam semalaman di sana..
rupanya mak mertua aku
dah risau dan sebut2 aku tak balik kg..
hehe..tahun ni,
menantu dia buat nakal sikit..
lambat balik kg..
tp bukan bermakna tak ingat,
cumanya ingin membuat
suatu kelainan dari yang biasa..
kalu balik ke kg..
sudah tentu tak dapat bertemu
dgn semua saudara mara yang lain...
erm..ok jugak program raya tahun nih..

yg paling menggembirakan aku
adalah apabila dapat bertemu
dgn hampir semua kwn2 rapat
masa sekolah dulu..
rindunya dgn kawan2 tak terkata..
alhamdulillah
kami dapat bersua muka pada raya yg ke4..
semuanya tanpa dirancang dan diduga..
asalnya aku hanya pergi menziarah
seorg teman..
tak sangka daripada situ,
ada ruang untuk kami semua
bertemu di rumah masing2..
perkara yg sgt2 membahagiakan aku
dapat beraya bersama dgn kwn2
yg sudah sekian lama tidak bertemu..
terasa kesedihan aku pada awalnya
diganti dgn semua ini..
alhamdulillah...

satu lg perkara
yg sgt menggembirakan aku
dan akan menjadi kngn
yg tak akn dilupakan sampai bila2..
dpt bertemu dgn
cikgu kesayangan masa sekolah rendah dulu..
iaitu Cikgu Rahmat
dan isteri Ustzh Habsah..
sungguh tak sangka,
syawal ini
akan mempertemukan kami sekali lg...
kali terakhir
pertemuan kami
adalah pada masa
kenduri jemput menantu aku di kg..
8 tahun yg lalu...
itupun hanya kebetulan..
masih ku ingati,
cikgu rahmat datang jumpa aku
dan menegurku
waktu itu rasa nak menjerit
tapi mujur sempat kawal emosi
waktu tu masih berpakaian pengantin
dan duduk di meja makan..
hehe..
tak sangka cikgu pun masih mengingatiku..
so raya ni sgt bertuah
krn dpt berjumpa dgn cikgu skali lg..
cikgu masih mcm dulu..
maintain je..
anak murid dia nih
yang dah byk berubah..:)...
terima kasih cikgu..
jasamu akan tetap ku kenang
selagi ada hayat ini..








Sabtu, 19 September 2009

salam aidilfitri..

sepanjg bulan puasa ni, tk byk pkara yg boleh dikongsikn krn masa sgt suntuk dgn aktivti harian..sedar tk sedar dh pun berada d phujung ramadhan..hati mula terasa sayu utk meninggalkn ramadhan ini..di hati mula terdetik, adakah lg kesempatan utk bertemu ramdhan akn datg??moga msh ada ruang dan kesempatan utk memperbaiki kelemahan dan kekhilafan diri..

sekarang ni dah pun berada d rumah mak..kalau semalam masih tercongak2 bilakah waktu yg sesuai utk pulang ke kampung..hari ini ataupun besok shj..bila dah siap kemas rumah tadi dan kemaskn beg pakaian barulah datang semangat nk blk kg..tk fikir panjg dah..terus buat keputusan utk blk malam ni juga..

sebelum bertolak balik ke kg, singgah dulu ke pasar raya megamall utk beli kasut raya dan sandal si haziq nih..alhamdulillah la, jalan tk jammed sgt mlm ni dan mudah pula dpt parking td..segala urusan menjadi sgt mudah..brg yg dicari juga tk memakan masa yg lama utk dcari..cuma singgah d 1 kedai, haziq dah dpt kasut raya dan sandal idamannya..dlm kul 9.30 mlm baru dpt bertolak dr kuantan..alhamdulillah selamat sampai kul 10.30 mlm td..

bila sampai rumah mak rasa sgt seronok dan happy dpt bjumpa dgn sibling yg ada serta anak2 buah yg bgitu seronok nk sambut raya di sini...tk sabar nk main bunga api dan mercun mancis..hehe..tk bahaya sgt tkpela bg peluang diorg tu main...

apepun..ramadhan kali ini rasa terlalu pantas masa berlalu..berada di bulan ramdhan ni sebenarnya sgt2 membahagiakan..tenang, tenteram dan berbagai perasaan lagi yg tk dpt nk digambarkn..moga msh ada peluang utk bertemu pada ramadhan yg akan datang..rasa sedih, sayu dan pilu utk meninggalkn ramadhan...terasa sayang yg tk mampu diungkap dgn kata2...

di kesempatan ini, ingin aku ucapkan salam aidilfitri buat semua teman rakan taulan yg mengenaliku dan pembaca2 blog qurratuaini..moga lebaran tahun ini membawa seribu rahmat dan kebahagiaan buat kita semua..moga jalinan ukhuwwah dan silaturrahim dpt dpertingkatkan dan dieratkan dgn kehadiran aidilfitri ini..SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Jumaat, 28 Ogos 2009

balik kampung..

salam ramadhan..alhamdulillah..dah masuk hari yg ke 7 kita melaksanakan ibadah puasa..
ni baru je blk dr kg, umah mertua..sgt sibuk minggu ni..bermula ari jumaat blk umah mak di maran, ahad naik kl, umah adik, selasa ada urusan bisnes di sana, rabu baru blk semula ke maran..mlmnya lepas berbuka terpaksa blk ke ktn, coz ari khamis ada PTK..ermm..penat tk terkata..kalau tk pakai pendant ni biasanya dah demam..pg khamis lg dapat call dr sis in law, ajak blk kg berbuka bersama family di sana..ingatkan terus nk stay d ktn sampai abis cuti ni..memandangkan dah tk ada masa lg nk blk berbuka bsama family di sana, kenala jugak blk ke kg yg memakan masa 2 jam 1/2 nk kena memandu..aduii..rasa nk patah pinggang..tp tkpela..nk eratkn silaturrahim dn menziarah mertua..rumah mak pun hampir 95% siap..cantik..dan sgt besar..siap jugak akhirnya banglo idaman mak..hehe..

semasa berbuka di maran minggu pertama puasa..sgt terasa ketiadaan arwah ayah haziq..tk terbendung pulak perasaan nih..terdengar2 dan ternampak2 dia ke bilik air mengambil wuduk..mananya tk terasa..bila semuanya berkumpul, terasala kurg seorg lagi ahli..blk kg br ni, bilik pon da kurg 1, sebab tapak 1 bilik dibuat bilik air..tp tk terasa sgt sbb da hampir keseluruhan rumah da berubah..tk de lg kngn lama tuk dkenang..cumanya rasa bersyukur dn heppy bila hubgn kami masih tetap rapat dan mesra seperti dulu..alhamdulillah..akan ku pastikan hubungan ini tidak akan terputus sampai bila2, wpun situasi akan berubah..insyaAllah..

Sabtu, 22 Ogos 2009

menjelang ramadhan








Salam ramadhan al-mubarak..
buat semua pembaca blog Qurratuaini..
moga ramadhan tahun ini lebih banyak ruang menghampiri Allah
semua urusan menjadi ibadah dan terpahat sebagai mukmin bertaqwa..
amiin..'ramadhan kariim'..selamat berpuasa diucapkan buat semua..
sekarang ni berada di rumah mak di maran..
semalam kami sekeluarga berkumpul di sini
alhamdulillah..semua dapat balik ke sini..
aktiviti malam tadi adalah solat maghrib dan isyak berjamaah,bertarawih
membaca yasin dan tahlil arwah..
lepas tu kami makan ramai2 hidangan yg dah siap diimport dari sg isap kuantan..
malam tadi dapatla bersahur bersama..
aktiviti berbuka pula tinggal dua family je di sini..
sibling lain ada yg ke rumah mertua dan balik semula sebab kerja..
malam karang aku mungkin akan bergerak ke kelang,
umah adik..kena jadi babysitter untuk 2 hari nanti,
coz pengasuh anaknya tak ada..
takpela boleh lama sikit main dengan baby Faris yang manja tuu..
Selasa ni mungkin dapat hadir ke Petaling Jaya seperti biasa..

Khamis, 20 Ogos 2009

ramadhan & kenangan





salam semua..dn slmt sejahtera..
lagi sehari kita akan menyambut kehadiran Ramadhan al-mubarak..
tahun ini adalah tahun ketiga aku berpuasa bersama anakanda tercinta..
sahur berdua, berbuka puasa pun berdua..
itulah hakikat kehidupan..
terasa baru semalam menyediakan hidangan sahur buat ayahanda haziq..
cepatnya masa berlalu..
bila tiba bulan puasa ni, teringat la menu kegemaran arwah..
menu yang wajib ada adalah popia basah kegemarannya..
aku pun mula belajar makan popia basah bila menyambut puasa sebagai isterinya..
hidangan lain arwah tak cerewet..
dia akan makan apa yang ada..
aku tengok skrg ni..
haziq betul2 serupa mcm arwah ayahnya..
makan tak pernah memilih..
apa yang dihidang, itula yang akan dimakan..
tak pernah mintak dibuat itu ini..
emm..betul2 anak ayah ni..
aku dah mula latih dia berpuasa sejak dia berusia enam tahun lagi..
tahun pertama dia kehilangan ayahandanya..
ingatkan dia boleh tamat, emm..biasalah budak2
dekat2 akhir bulan puasa tu..
bila dah berkumpul ramai2
tgk sepupu dia yang sebaya dia tak puasa
dia pun nak joint sama..
7 hari jugakla dia tinggal..
tp alhamdulillah tahun lepas dia berjaya menamatkan puasanya..
bangun sahur pun mudah nak kejutkan dia
macam tu jugak kalau nak kejutkan bangun solat subuh..
dia dah solat subuh tu, terus bangun, tak sambung tidur semula..
mama dia pulak yang sambung tidur..he3
dia pulak akan buka channel astro ceria kegemarannya
siap tutup pintu bilik tidur aku lagi..
katanya takut bising,
ganggu mama nak tidur..
tersengih aku mendengar jawapan ringkas haziq..
padahalnya mama dia tak la lena mana..
saja nak layan mata kalu time weekend tu..
janji untuk breakfast dia dah tersedia..
haziq ni sangat mendengar kata..
apa yang aku suruh dia tak pernah bantah dan merungut..
aku mula latih dia solat 5 waktu sejak dia berumur 7 tahun..
azam aku nak ikut apa yang nabi ajar..
didik anak solat sewaktu berumur 7 tahun..
alhamdulillah..tak susah nak didik haziq untuk solat
fisrt time dia nak belajar solat subuh dia ckp tak tau nak baca doa qunut..
tak hafal lagi..takpela aku kata..perlahan2..
nanti ada masa belajar lagi..
sekarang ni..dia dah darjah 2..
masih lagi nak kena suruh dan ingatkan supaya solat..
tkpela..biasala budak2..
cuma mamanya kena prihatin la..
time sibuk tu kadang2 terlupa nak ingatkan dia..
tp ada masa..time aku 'cuti' tu..dia pulak duk ingatkan aku pasal solat..
hemm... sejuk telinga aku dengar..
mama tak solat lagi ke??
eh budak ni..perasan pulak dia, aku belum solat..
ada sekali tu, dia tegur depan kakak ipar aku(kakak arwah)..
masa tu on t way ke seremban..
kami dah niatkn nak jamak ta'khir di rumah k nisah..
agaknya dia perasan kami belum solat..
mama tak sembahyang ke??
tersenyum aku memandang kakak iparku..
kata kakak ipar..bagusla tu..
ada orang yang tolong ingatkan mama..
kami semua tersenyum memandang haziq..
nanti kena belajar buat solat jama' pulak ye haziq:)
skrg ni tiap mlm jumaat aku cuba latih dia baca yasin..
aku ckp cuba belajar baca untuk sedekah kat ayah..
nanti kalau mama pulak tak ada..
haziq dah boleh baca untuk mama dan ayah..
first time dia baca ada la dekat 8 ayat..
dia berenti..kata dia letih dah..panjang sangat..
aku tak paksa..emm tkpela..
t lain kali baca lagi..belajar, lama2 nanti pandaila..
mlm ni..dapatla 15 ayat..emm..ada peningkatan..
tkpe..lain kali belajar lagi..
itula yang selalu aku bagitau dia..

teringat aku pada zaman kanak2ku..
waktu tu aku baru darjah 2..
sekolah kat kampung semua boleh duduk asrama..
di asrama kena belajar sembahyang pada waktunye..
masa tu..betul2 bersemangat nak belajar sembahyang..
kali pertama..duk intai2 dari luar surau je..
tengok dari jauh orang sembahyang..
nak buat sendiri tak pandai lagi..
tapi keinginan nak belajar tu sangat kuat..
bila dah belajar dan tau sikit2
mula rasa seronok nak teruskan..
bila di rumah emak abah tak pernah suruh,
pandai je gi amik wuduk dan sembahyang..
cumanya tak ingat cukup tak 5 waktu..he3
time ngaji pun mcm tu..
kata arwah tuk guru aku cepat belajar dan cepat ingat
mengaji mudah lancar..cepat naik quran..
dia tanya aku..
besar nanti nak sekolah mana??
aku ckp, ikut mak abah nak antar mana..
rasanya ke sekolah menengah biasa je
tuk guru aku kata..knp pulak nak sekolah biasa??
gi la masuk sekolah arab..
awak pandai ngaji mudah belajar..
emm..aku tersengih je memandang tuk guru aku..
masa tu 2 org kakak aku dahpun belajar di sekolah men agama..
orang dulu panggil sekolah arab..
emm..dengar nama sekolah arab mcm susah jer..
tak kisahla..masa tu ikut je mana2 pun boleh..
tengok la keputusan periksa mcm mana...
emm..ni dah nak masuk topik lain..he3
nanti la sambung cite dlm entry khas
tentang waktu persekolahanku..
insyaAllah..




Rabu, 19 Ogos 2009

faris..


shock..
look up..

flying without wing..

focus..

sexy...

hi..i'm Faris..

Muhammad Faris Faiz