Khamis, 20 Ogos 2009

ramadhan & kenangan





salam semua..dn slmt sejahtera..
lagi sehari kita akan menyambut kehadiran Ramadhan al-mubarak..
tahun ini adalah tahun ketiga aku berpuasa bersama anakanda tercinta..
sahur berdua, berbuka puasa pun berdua..
itulah hakikat kehidupan..
terasa baru semalam menyediakan hidangan sahur buat ayahanda haziq..
cepatnya masa berlalu..
bila tiba bulan puasa ni, teringat la menu kegemaran arwah..
menu yang wajib ada adalah popia basah kegemarannya..
aku pun mula belajar makan popia basah bila menyambut puasa sebagai isterinya..
hidangan lain arwah tak cerewet..
dia akan makan apa yang ada..
aku tengok skrg ni..
haziq betul2 serupa mcm arwah ayahnya..
makan tak pernah memilih..
apa yang dihidang, itula yang akan dimakan..
tak pernah mintak dibuat itu ini..
emm..betul2 anak ayah ni..
aku dah mula latih dia berpuasa sejak dia berusia enam tahun lagi..
tahun pertama dia kehilangan ayahandanya..
ingatkan dia boleh tamat, emm..biasalah budak2
dekat2 akhir bulan puasa tu..
bila dah berkumpul ramai2
tgk sepupu dia yang sebaya dia tak puasa
dia pun nak joint sama..
7 hari jugakla dia tinggal..
tp alhamdulillah tahun lepas dia berjaya menamatkan puasanya..
bangun sahur pun mudah nak kejutkan dia
macam tu jugak kalau nak kejutkan bangun solat subuh..
dia dah solat subuh tu, terus bangun, tak sambung tidur semula..
mama dia pulak yang sambung tidur..he3
dia pulak akan buka channel astro ceria kegemarannya
siap tutup pintu bilik tidur aku lagi..
katanya takut bising,
ganggu mama nak tidur..
tersengih aku mendengar jawapan ringkas haziq..
padahalnya mama dia tak la lena mana..
saja nak layan mata kalu time weekend tu..
janji untuk breakfast dia dah tersedia..
haziq ni sangat mendengar kata..
apa yang aku suruh dia tak pernah bantah dan merungut..
aku mula latih dia solat 5 waktu sejak dia berumur 7 tahun..
azam aku nak ikut apa yang nabi ajar..
didik anak solat sewaktu berumur 7 tahun..
alhamdulillah..tak susah nak didik haziq untuk solat
fisrt time dia nak belajar solat subuh dia ckp tak tau nak baca doa qunut..
tak hafal lagi..takpela aku kata..perlahan2..
nanti ada masa belajar lagi..
sekarang ni..dia dah darjah 2..
masih lagi nak kena suruh dan ingatkan supaya solat..
tkpela..biasala budak2..
cuma mamanya kena prihatin la..
time sibuk tu kadang2 terlupa nak ingatkan dia..
tp ada masa..time aku 'cuti' tu..dia pulak duk ingatkan aku pasal solat..
hemm... sejuk telinga aku dengar..
mama tak solat lagi ke??
eh budak ni..perasan pulak dia, aku belum solat..
ada sekali tu, dia tegur depan kakak ipar aku(kakak arwah)..
masa tu on t way ke seremban..
kami dah niatkn nak jamak ta'khir di rumah k nisah..
agaknya dia perasan kami belum solat..
mama tak sembahyang ke??
tersenyum aku memandang kakak iparku..
kata kakak ipar..bagusla tu..
ada orang yang tolong ingatkan mama..
kami semua tersenyum memandang haziq..
nanti kena belajar buat solat jama' pulak ye haziq:)
skrg ni tiap mlm jumaat aku cuba latih dia baca yasin..
aku ckp cuba belajar baca untuk sedekah kat ayah..
nanti kalau mama pulak tak ada..
haziq dah boleh baca untuk mama dan ayah..
first time dia baca ada la dekat 8 ayat..
dia berenti..kata dia letih dah..panjang sangat..
aku tak paksa..emm tkpela..
t lain kali baca lagi..belajar, lama2 nanti pandaila..
mlm ni..dapatla 15 ayat..emm..ada peningkatan..
tkpe..lain kali belajar lagi..
itula yang selalu aku bagitau dia..

teringat aku pada zaman kanak2ku..
waktu tu aku baru darjah 2..
sekolah kat kampung semua boleh duduk asrama..
di asrama kena belajar sembahyang pada waktunye..
masa tu..betul2 bersemangat nak belajar sembahyang..
kali pertama..duk intai2 dari luar surau je..
tengok dari jauh orang sembahyang..
nak buat sendiri tak pandai lagi..
tapi keinginan nak belajar tu sangat kuat..
bila dah belajar dan tau sikit2
mula rasa seronok nak teruskan..
bila di rumah emak abah tak pernah suruh,
pandai je gi amik wuduk dan sembahyang..
cumanya tak ingat cukup tak 5 waktu..he3
time ngaji pun mcm tu..
kata arwah tuk guru aku cepat belajar dan cepat ingat
mengaji mudah lancar..cepat naik quran..
dia tanya aku..
besar nanti nak sekolah mana??
aku ckp, ikut mak abah nak antar mana..
rasanya ke sekolah menengah biasa je
tuk guru aku kata..knp pulak nak sekolah biasa??
gi la masuk sekolah arab..
awak pandai ngaji mudah belajar..
emm..aku tersengih je memandang tuk guru aku..
masa tu 2 org kakak aku dahpun belajar di sekolah men agama..
orang dulu panggil sekolah arab..
emm..dengar nama sekolah arab mcm susah jer..
tak kisahla..masa tu ikut je mana2 pun boleh..
tengok la keputusan periksa mcm mana...
emm..ni dah nak masuk topik lain..he3
nanti la sambung cite dlm entry khas
tentang waktu persekolahanku..
insyaAllah..




2 ulasan:

  1. sejuk mata tgk anak solat..anak2 saya pun baru blaja solat.yg mjadi geram bila solat,sambil main2 tak ikut tertib dan adab..suka gelak2 dan baca main2 pada hal bacaan tu dia hafal...

    cemana yerk ustazah nak 'ubat' kan budak2 ni? selalu 'ubat' dgn cubit jer :)) hehe

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..ain pun dah berjaya didik anak solat di awal usia mereka..mungkin sy tk alami pengalaman mcm ain tu, sebab anak sy sorg je, so dia tak ada org nk gelak2 dgn dia waktu solat..tp sy perasan kadang2 bila dia solat bersama sepupu dia mcm tu jugak..gelak2 dan ketawa..biasalah budak2..kalau depan sy memg sy terus tegur lah, bukan ape takut dia jd terbiasa main2 mcm tu..bg sy dalam hal solat ni, kita sbg parent kena tegas tak ada kompromi..utk mendidik dia spy lebih berdisiplin mjaga waktu solat..kdg2 terlepas pandg gak ain, bila sibuk tu tk teringat nk suruh dia solat..tp selalu bgtau dia, dia kena ingat sendiri tk boleh selalu tunggu kita ingatkn dia..mudah2an itu kata2 hikmat utk dia ingati selalu..'pesan mama untuk haziq':)

    BalasPadam